Wednesday, 25 June 2014

TELAGA ITU, TELAGA KAUTHAR

TELAGA ITU LUAS, sebentang Ailah di Syam hingga San'a di Yaman. Di tepi telaga itu berdiri seorang lelaki . Rambutnya hitam, disisir rapi sepapak daun telinga. Dia menoleh dengan segenap tubuhnya, menghadap hadirin dengan sepenuh dirinya. Dia memanggil-manggil. Seruannya merindu dan merdu. "marhaban ayyuhal insan! Silakan mendekat, silakan minum!"

Senyumnya lebar, hingga otot di ujung matanya berkerut dan gigi putihnya tampak. Dari sela gigi itu terpancar cahaya. Mata hitamnya yang bercelak dan berbulu lentik mengerjap bahagia tiap kali menyambut pria dan wanita yang bersinar bekas-bekas wudhuknya.

Tapi di antara alisnya yang tebal dan nyaris bertaut itu, ada rona merah dan urat yang membiru tiap kali beberapa manusia dihalau dari telaganya. Dia akan diam sejenak. Wibawa dan akhlaknya terasa semerbak. Lalu dia bicara penuh cinta, dengan mata berkaca-kaca."Ya Rabbi", serunya sendu, "mereka bagian dariku! mereka umatku!"

Ada suara menjawab, "Engkau tak tahu apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu!"

Air telaga itu menebar wangi yang lebih harum dari kasturi. Rasanya lebih lembut dari susu, lebih manis dari madu, dan lebih sejuk dari salju. Di telaga itu, bertebar cangkir krmilau sebanyak bilangan gemintang. Dengan itulah si lelaki memberi minum mereka yang kehausan, menyejukkan mereka yang kegerahan. Wajahnya berseri tiap kali ummatnya menghampiri. Dia berduka jika dari telaganya ada yang dihalau pergi.

Telaga itu sebentang Ailah di Syam dan San'a di Yaman. Tapi ia tak terletak di dunia ini. Telaga itu Al-Kauthar. Lelaki itu Muhammad. Namanya terpuji di langit dan bumi.

                                                                                     Petikan dari DALAM DEKAPAN UKHUWAH

TELAGA KAUTHAR

Telaga kauthar merupakan satu anugerah Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w  untuk diberikan kepada umat baginda di padang mashyar nanti. Pada ketika itu, kita dibangkitkan dalam keadaan dahaga.

antara hadith tentang telaga kauthar

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ketika aku sedang berjalan disyurga, tiba-tiba aku melihat sebuah sungai yang tepinya seperti kubah-kubah permata yang melengkung. Aku bertanya:"Wahai Jibril!Apa ini?'Ia menjawab:"Ini adalah Kauthar yang Allah anugerahkan kepadamu."Ternyata tanahnya adalah kasturi Azfar."

Iman al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, "Telagaku seluas perjalanan satu bulan. Airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih wangi daripada kesturi, cawan-cawannya sebanyak bintang di langit. Barangsiapa yang minum daripadanya tidak akan merasa haus lagi selama-lamanya."

Dalam sebuah hadith lain, Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn 'Umar berkata:Rasulullah SAW bersabda: "Al-Kauthar adalah sebatang sungai di dalam syurga, kedua-dua tebingnya diperbuat daripada emas. Laluan airnya di atas batu permata, tanahnya lebih harum daripada kasturi, airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada salji" (hadith hasan lagi sahih)

Daripada Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu anhuma berkata : ''Rasulullah SAW bersabda : ''Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (telaga Al-Kauthar, iaitu pada hari kiamat nanti) sambil menunggu orang-orang yang datang meminum daripadanya, maka tiba-tiba ada orang-orang yang disekat daripada sampai ke sisiku (ke tepi telagaku). Lalu aku berkata: ''Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?''. Maka dikatakan kepadaku: ''Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).'' Berkata Ibnu Abi Mulaikah (salah seorang di antara perawi hadith) : ''Ya Allah! Kami berlindung denganMu daripada kembali kepada kekufuran atau kami diuji dengan ujian yang berat.'' (Hadith Riwayat Bukhari)

Iman Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa para sahabat pernah bertanya: " Wahai Rasulullah, bagaimana tuan dapat mengenali umat tuan yang datang kemudian?" baginda menjawab:"Tidakkah kalian dapat membezakan unta-unta yang berwarna putih di antara unta-unta yang berwarna gelap?" Para sahabat menjawab:"Ya" Baginda bersabda:" Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan berkilatan kepala dan kaki mereka akibat (basuhan) wuduk. Dan aku telah menunggu (untuk menyambut) mereka di telagaku."

moga kita tidak termasuk dalam golongan yang disekat dari meminum air telaga kauthar, nauzubillah.

wallahua'lam

No comments: