Tuesday, 6 May 2014

Pemuda Islam

Assalamualaikum semua.. lama rasa x menulis kat blog ni..almaklumlah, mungkin saya perasan busy.
So, hari ni saya nak share ckit apa yang saya baca dr buku IKON SYABAB tulisan Us Umar Muhammad Noor. Siapa yang malas nak baca buku tu, baca post sy je ye, ringkas ckit..tp lebih baik rajin, sentap sikit bila baca buku ni, serius banyak sangat pengajaran.

Ok,done membebel.

Syabab tua apa ea??
Ok, syabab means pemuda, memiliki tubuh yg kuat dan minda yang jernih.
Dengan tarbiah yang tepat , mereka dapat menggoncang dunia dengan tangan mereka. Insyaallah.

Kenapa orang selalu  tekankan pemuda??
Ye la, masa muda ni lah kita perlu persiapkan diri sebelum hari tua mendatang, masa sihat n kuat ni lah boleh buat macam2. Dari muda lah, kita kena didik diri kita.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abdullah bin Umar semasa beliau masih remaja.
“jadilah engkau di dunia seolah orang asing atau musafir yang singgah di jalanan” –HR Bukhari

Pemuda Islam yang kita  inginkan hari ini.

-        Pemuda yang bersedia untuk hidup dan mati kerana Islam.
-        Pemuda yang sedar dan meyakini bahawa kehidupan duniawi ini hanya sementara , lalu bersegera     mengumpul bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Pemuda Islam perlulah..
1-      Perlu menetapkan matlamat hidup dan berusaha untuk mencapainya. Matlamat perlulah bertepatan dengan alquran dan sunnah.  Pemuda Islam perlu menetapkan matlamat untuk menjadi insan yang kuat iman, luas ilmu dan indah akhlaknya.

2-      Jangan sia-siakan masa muda, masa muda masa menyumbang. Masa inilah badan kita masih kuat untuk melakukan banyak perkara. Sumbanglah sesuatu untuk Islam apa yang termampu.

3-      Isi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, cukuplah bermain-main.

4-      Jaga mata, jaga iman.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“pandangan adalah salah satu anak panah beracun daripada iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang manisnya terasa di dalam hati” (riwayat al-hakim)

5-      Buat baik kepada ibu bapa kerana mereka adalah kunci kebahagiaan “ redha Allah terletak pada redha ibu bapa”.

6-      Jangan padamkan cahaya ilmu dengan meninggalkan maksiat.
Imam syafie berkata : “ sesiapa yang ingin Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna, tinggalkanlah dosa dan maksiat, dan hendaklah  dia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah s.w.t.

7-      Mencintai buku dan ilmu.

8-      Mengatur masa, bahagikan masa untuk –membaca, riadah, ibadah, bergaul dan berhibur.

Ok!! So, improve urself towards a better ummah!
Its better late than never.

Wallahua’lam.