Saturday, 12 April 2014

brotherhood in Islam

“Ya Allah, kejamnya Israel ni”

“Allah, kesian betul umat Islam di Syria”

“apa? 529 orang penyokong Dr.Morsi dijatuhkan hukuman mati?”

Itulah antara rungutan kita yang  cakna dengan isu semasa melibatkan umat Islam di negara lain. Selain konsisten memboikot barangan-barangan Yahudi, tangan tidak lokek menyumbang kepada tabung derma. Pelbagai program misi kemanusiaan kita sertai.

Tahniah saya ucapkan jika anda adalah ‘kita’ di  atas. Tidak semua umat Islam yang cakna dan konsisten seperti anda. Tapi, apa yang saya nak sampaikan di sini , bukan setakat isu ini.

Fokusnya di sini,
Daripada banyaknya tangan yang tidak lokek menyumbang kepada tabung misi kemanusiaan Palestin, Syria dan sebagainya, berapa ramai yang ringan tangan untuk menyumbang apabila kita mendengar berita ini,

‘Bantuan dan sumbangan ikhlas diperlukan oleh adik nurhidayah ramli yang menghidapi ketumbuhan di kepala, memerlukan kos pembedahan sebanyak RM10 000.’

Berapa ramai??

Berapa ramai daripada kita yang membantu jiran tetangga yang tidak berkemampuan? Sendu sendawa mereka, ada kita kisah?

Saya bukanlah nak melabelkan mana yang lebih penting, pokoknya, semuanya penting. Dalam atau luar negara, dekat atau jauh dan apa jenis bentuk kesusahan, semuanya saudara seislam kita. Bukankah kita berpegang dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-hujurat, ayat 10,
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara..”

Tidak kiralah dimana pun,sesipapun,mereka adalah saudara kita yang wajib kita  bantu.

Rasulullah S.A.W bersabda,
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam juga menggalakkan kita untuk menunaikan hajat orang lain dan menggembirakan mereka sebagaiman sabda Rasul junjungan,
"Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat sudaranya , sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seseorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, pengajarannya di sini, semua umat Islam adalah saudara kita, dan kita akan dipersoalkan kelak ke mana kita saat saudara kita memerlukan bantuan.
Bantulah sesiapapun yan memerlukan selagi termapu, penuhilah hajat mereka, insyaallah kita akan dapat ganjarannya di akhirat kelak.

Wallahua’lam.

No comments: