Sunday, 10 November 2013

Strategi Menyentuh Hati

Assalamualaikum, moga semua dlm magfirah Allah.

Post kali ni sy nak share sedikit perkongsian dr us.Pahrol Juoi semasa seminar bagaimana menyentuh hati. Tajuknya mcm kat atas tu, Strategi Menyentuh Hati. J

Mula2 skali, ustaz kata, dlm penulisan dakwah, ada 3 perkara penting.

1-      Tulisan dakwah kita mesti difahami
      2-      Tulisan dakwah kita mesti diingati
      3-      Tulisan dakwah kita mesti boleh orang bertindak, maksudnya orang akan lakukan apa yg kita dakwah.

Nak ajak manusia bertindak , kita mesti menyentuh hati
Dan utk menyentuh hati, mesti gunakan dakwah dan tarbiyah.

 ~ Dakwah dan tarbiyah ini bermula dari diri seorang daie

Kita ambil contoh teladan teragung, Rasulullah s.a.w, baginda ditugaskan Allah utk menyampaikan Alquran..sibhanallah, akhlak baginda sendiri ibarat Alquran, jd senang bg ummat untuk menerima ajaran baginda.

~ keikhlasan itu yg penting

Dalam berdakwah,keikhlasan adalah perkara yg sangat penting.
Imam malik,ketika beliau mahu menghasilkan Al- Muwatta’ , ramai yang bertanya mengapa beliau nak hasilkan Almuwatta’, sedangkan pada zaman itu telah banyak kitab Almuwatta’.
Dan jawapan beliau, ‘keikhlasan itu yang penting’.
Dan subhanallah ,kita boleh lihat sekarang, Al-Muwatta’ yg kita kenali sekarang adalah dari Imam Malik.

~ untuk menyentuh hati perlu ada…

Keperibadian dan kepakaran
‘kebenaran yang disampaikan dengan keindahan , dapat menyentuh hati’

~ tips menulis dari hati ~

 1-      Mesti disampaikan dgn keyakinan

Dua perkataan yang sama,disampaikan oleh dua orang yg berbeza, impaknya berbeza.
Dalam berdakwah , elemen yg paling penting ialah ‘body language’ iaitu 63% ..perkataan hanyalah tujuh persen, dan selebihnya intonasi.

 2-      Datang daripada ketaqwaan.

“orang yang tidak bertaqwa,kata-katanya tidak akan memberi kesan” –saidina Ali

Andai kita bertaqwa, Allah akan membantu orang untuk memahami dakwah kita kerana Allah adalah pembela golongan muttaqin.

Andai kita belum bertaqwa, tiru orang yang bertaqwa.

   3-      Menulis dengan mujahadah

Insyaallah, andai kita bermujahadah dlm penulisan kita, maknanya kita pun menulis untuk diri kita, utk perbaiki diri kita, insyaallah kita terlepas dari sifat munafik dalam berdakwah.

Kita buat baik,bukan  kerana kita sudah baik, tetapi sebagai usaha kita untuk jadi baik.

4-      Menulis dengan amalan

Untuk orang merasai dakwah kita, kita perlu dulu merasai
Dan untuk merasai,kita perlu alami, dan untuk mengalaminya, perlu dengan amalan.

Makna mudahnya kita buat apa yang kita tulis.

5-      Menulis dengan keikhlasan

Insyaallah, orang yang tulus akan lurus lisannya.

Tujuan menulis perlu selari dengan tujuan hidup, oaitu sebagai hamba dan khalifah.
Ramai orang yang memburu keperluan hidup tanpa ada tujuan hidup.
Tujuan hidup perlu mengatasi keperluan hidup.

6-      Menulis dengan taubat

Kadang-kadang apa yang kita ajak orang buat,tp kita tak buat lagi.
Kasang-kadang, ada juga yg kita seru orang supaya meninggalkan dosa, sedangkan dosa itu kita masih lakukan.
Jadi, semasa menulis atau berdakwah, kita menginsafi diri kita..bertaubat utk melakukan kebaikan dan meninggalkan dosa maksiat.

7-      Menulis dengan tawadu’

Dalam berdakwah, kita perlu ada sifat kehambaan

Jangan kita merasai yang kita lebih baik dari mad’u.

Itulah sedikt sebanyak yang saya boleh kongsikan.. utk lebih luas skop, tukarlah perkataan menulis itu dengan berdakwah ..~berdakwah dari hati ~.
Moga perkongsian ini berguna buat para daie di luar sana. Insyaallah.
Wallahua’lam.