Tuesday, 30 July 2013

buat kita pendosa, jom taubat.Itu Ubat!!

assalamualaikum semua..moga anda semua diberi kesihatan badan dan iman oleh Allah s.w.t.

25 jun yg lalu, tengah  study aqaid sambil dgr IKIM , tetibe dgr dj ikim ckp kita akan bersama dgn ust Fatimah syarha utk slot remaja..x ingat mlm tu slot remaja..then cpt2 amek buku nota n pen.

so sekarang, sy nak share ckit apa yg dikongsi oleh ustazah pd malam tu n bersama sedikit tokok tambah dr sy.. ^_^

tajuk yg diberi 'JOM TAUBAT, ITU UBAT!

sebelum kita nak menghadapi ramadhan yg dah x lama ni, eloklah kita bersihkan dulu diri kita.

'untuk menanam benih kebaikan di bulan Ramadhan, tebang dulu semak samun dosa '

kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan dosa, tetapi kadang2 kita lupa utk bertaubat..
sedangkan Rasulullah s.aw. yg ma'sum itu pun sering beristigfar n bertaubat.

Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,’Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

nabi-nabi Allah juga bersungguh-sungguh bertaubat,

~Nabi Adam a.s juga bertaubat setelah terpedaya dengan hasutan iblis.

[Surah al-A,raf ,7:23]
Maksudnya: Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

~Nabi Nuh a.s

[Surah Nuh, Ayat 28]
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

~Nabi Ibrahim

[Surah Ibrahim, 14:41]
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

dah nampak?? nabi2 yg dijamin syurga pun bertaubat, apatah lagi kita yg sudah tentu sering melakukan dosa ni..

kadang2 kita x sedar yg kita lakukan itu adalah satu dosa..dosa bersangka buruk, dosa mengumpat, dosa tinggal solat n mcm2 lg jenis dosa.
jadi, jgnlah segan2 nak bertaubat..

hari-hari kita tak terlepas dari melakukan dosa, so..hari-harilah sepatutnya kita kena bertaubat..

kalau kita x bertaubat, dosa2 kita akan berkumpul dan membuatkan kita lebih jauh dari Allah.

dosa dan maksiat akan halang kita dari cinta Allah.., halang kita dari mendapat pertolongan Allah, halang kita dari mendapat redha dan syurga Allah..

ubah diri kita dgn beratubat..

ya! Allah itu Maha Penyabar, selalu bg kita peluang utk bertaubat..subhanallah, baikkan Allah??

tapi..kita kena ingat yg Allah juga Maha Pemberi Balasan kalau kita ni tak sedar2.. x nak juga bertaubat.. ingat tu..

Apa yg menghalang kita dr bertaubat

1) bila kita pandang remeh pada dosa
kita tak nampak dan tak sedar yg kita ni buat dosa..

Ibnu Mas'ud berkata -"Orang mukmin memandang dosa ibarat gunung yang nak menghempap, dan orang kafir memandang dosa ibarat lalat di tepi hidung."

2) bertangguh..
kadang2 kita berangan-angan nak taubat bila tua nnt lah, muda ni nak enjoy dulu.

jgn kita tertipu dgn nikmat sihat, berapa ramai orang yang sihat mati tiba2 dan berapa ramai orang yg sakit beratahan lebih lama. ^_^

3) kita tertipu
" xpelah aku buat dosa dulu, nnt Allah ampunkan"

4)kita terlalu dikongkong oleh dosa2 kita sehingg membuatkan kita putus asa utk bertaubat.
Tapi kita kena ingat yg kita x boleh berputus asa dr rahmat Allah.

Firman Allah dlm surah Az-zumar :53 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 so sekarang..apa tunggu lg. Jom kita buang segala perkara yg menghalang kita dr taubat.!

Jom kita bertaubat, sesungguhnya Allah sgt suka kpd orang yg bertaubat

"...SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Albaqarah:222)

sekadar itu saja perkongsian dr sy, moga ianya bermanfaat utk sy dan kalian..
wallahua'lam

No comments: