Sunday, 17 March 2013

Remaja daie - saat kaki melangkah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.. apa khabar iman anda?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya mencoretkan sesuatu disini.
Seperti tajuk di atas, saya akan menyentuh tentang remaja daie.

Apa itu remaja daie?
Remaja yang dalam dirinya ada inisiatif untuk mengembalikan ummah yang dipengaruhi jahiliyyah kembali kepada Islam yang sebenar. Mereka menggunakan pelbagai wadah dalam usaha membantu rakan-rakan mereka kembali kepada Allah dan Rasul.

Alhamdulillah , saya tahu ramai remaja di luar sana yang mempunyai niat untuk memperbaiki diri dan ummah.
Tapi ingat , niat sahaja tidak mencukupi. Dalam ramai yang nak memperbaiki diri , ramai juga di luar sana yang masih leka dengan keseronokan dunia.
Tidak boleh juga kita hanya  memperbaiki diri sendiri sahaja tanpa memikirkan masalah ummat .
Lebih teruk lagi , kita sibuk memperbaiki ummat, tetapi lupa untuk memperbaiki diri sendiri .. nauzubillah
Jadi , yang terbaik adalah baiki diri kita , dalam masa yang sama sumbangkan sesuatu yang boleh membantu ummat untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

Tidak mampu ???
Err..pada pendapat saya, jika kita sudah mempunyai niat, kita semua mampu sebenarnya..
Cuma kemampuan kita yang berbeza.

Luaskan skop dakwah, jangan hanya fikir dakwah hanya dengan lantangnya memberi ceramah..

Ya, pada zaman sekarang, mungkin itulah metod yang paling berkesan.

Tetapi, jika kita tidak mampu untuk menyampaikan dakwah melalui ceramah, talk or apa2 yang menggunakan lisan,..

Carilah metod yang lain.. sbgi contoh penulisan.

“alamak, menulis pun saya tak pandai”

Ok, kalau tak mampu jugak , share je orang lain punya tulisan..status, blog dan semua2 yang mengajak kepada kebaikan..

senangkan?
Just share..
At least, ada sesuatu yang kita sumbangkan untuk Islam.

Tetapi, nasihat saya untuk diri saya dan semua..

Pelbagaikan dan asah kebolehan kita.

Jika tidak berani untuk tampil memberi ceramah, mulakan dari bawah, sebagai contoh jadi naqib or naqibah usrah.

Buat usrah sendiri, dgn niat utk mengajak orang lain kepada Allah dan Rasul.

Sedikit sebanyak ia melatih kita untuk lebih berani bercakap di khalayak.

Bila nak start??

Sekarang! Semuanya patut bermula sekarang..
Sudah tiada masa untuk kita menanguh-nangguhkan dengan keadaan umat yang sedang lena dibuai jahiliyyah.

Ayuh sahabat!

Jadilah kita seperti mus’ab bin umair
Yang tetap setia mempertahankan panji islam
Walau tangannya kudung dilibas musuh.

Jadilah seperti zubbair bin awwam
Yang pedangnya selalu siaga
Kala Rasul dihadang bahaya

Jadilah seperti thalhah bin ubaidillah
Assyahidul Hayy ,pahlawan syahid yang hidup
Memeluk Islam ketika usia muda

 Jadilah kita seperti sultan Al-fateh
Menakhluk konstantinople pada usia remaja

Wallahua’alam

No comments: