Sunday, 29 December 2013

Salam perjuangan dr Murabbi

Hye you alls !
Eh, macam otai sgt pulak..hehe

Assalamualaikum semua, hope anda semua berada dlm margfirah Allah SWT.

Kali ni saya cuma nak share pesanan ustazah saya masa sekolah dulu, hope pengisian yang ringkas ni bermanfaat untuk semua, walaupun dua tiga ketul je yg baca blog saya ni..huhu

Tengah saya mengemas nota2 n buku (*almaklumlah, nak exam br sibuk cari nota) dlm laci meja, tetibe terjumpa fail sijil.. terlintas lah nak belek2 fail tu, mengenang memori sekolah dulu.

Then dipendekkan cerita, sy terjumpa sijil BADAR ..tau  x badar tu apa?? Badar tu badan dakwah masa dekat sekolah saya dulu..banyak jugak sekolah yg guna panggilan BADAR, ada guna BADAT.. pendek cerita itu adalah organisasi yg menggerakkan dakwah dan tarbiyah kat sekolah.

Apa kena dgn sijil tu?? 
Sijil tu x de apa2 sebenarnya, cuma sy teringat satu nota kecil yang dikepilkan bersama dgn sijil tu.. nota tu saya tampal tempat lain, n bila ternampak sijil tu, br sy teringat pasal nota tu..then keje mencari nota tu pulak.. senang je naak jumpa, sbb sy tampal kat board dlm bilik je, tp sebab bilik dkt rumah, jaranglah menengoknya.

Balik je rumah, sy pun g kat board tu..taraaa jumpalah nota tu..

Kalau x jelas, kat nota tu tulis,

Ahli2 BADAR INTEP sekalian,

“biarkan masa berubah tapi aqidah jangan goyah,
  Biarkan masa berganti tapi keyakinan jangan mati,
  Ia adalah intan permata paling mahal, berharga & penyeri jiwa.
  Pertahankan IMAN dan perjuangkan ISLAM walau di mana antum 
  berada. Salam perjuangan.”
  Ana uhibbukum fillah. *Ustz Siti Mariam Abdullah.

Sob2, sedih dan terharu bila menghayati  pesanan ustazah selaku penasihat badar.

Nampak x ustazah tulis SALAM PERJUANGAN.. bermakna perjuangan kita baru nak bermula.
Ya, memang tugas kita sebagai ahli badar sekolah (*saya khususkan utk ahli badar sekolah, amnya utk semua yg mengucap syahadah) sudah tamat dan berakhir…

Tapi, perjuangan dan tugas kita sebagai khalifah Allah kat muka bumi ini x kan pernah terhenti sehingga maut menjemput kita.

Lupakah kita pada firman Allah,

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al Baqarah:30)
   
Medan kita yang sebenar bukan lah di sekolah, di sekolah cumalah satu latihan.

Tapi medan kita yang sebenar adalah dunia luar, dunia yang orang x kesah pun kita nak buat apa.
Masa tu lah kita boleh lihat bagaimana diri kita yang sebenar.

Kat university ni kita x dipaksa untuk join mana2 program , aktiviti, persatuan or usrah.. tinggal inisiatif kita sendiri, nak atau tidak..

Kalau kita rasa kita khalifah, kita akan sumbang semampu mungkin untuk kelangsungan dakwah Islam.

Kadang2 kita lupa kita khalifah, yg kita cuma ingat kita ni hamba Allah.. x peduli ttg masalah ummah. 
Tapi kita jangan lupa, semua itu akan dipersoalkan kelak.. apa yg kita buat saat ummah lalai dgn keseronokan dunia.?

Tugas sebagai hamba dan khalifah perlu seiring ^_^

Kepada ahli2 badar intep, adakah anda masih menjalankan tugas sebagai ‘badar’ sekarang?
Menjalankan dakwah dan taribyah Islam??

Tepuk dada tanya iman, (pesanan untuk saya sendiri juga yg kadang2 terlupa saya khalifah)

Wallahua’lam

*p/s- perkongsian ini utk semua org, saja sy khususkan buat sahabat2 seperjuangan semasa memegang taklifan badar di sekolah dulu, moga bermanfaat ^_^ .

Sunday, 10 November 2013

Strategi Menyentuh Hati

Assalamualaikum, moga semua dlm magfirah Allah.

Post kali ni sy nak share sedikit perkongsian dr us.Pahrol Juoi semasa seminar bagaimana menyentuh hati. Tajuknya mcm kat atas tu, Strategi Menyentuh Hati. J

Mula2 skali, ustaz kata, dlm penulisan dakwah, ada 3 perkara penting.

1-      Tulisan dakwah kita mesti difahami
      2-      Tulisan dakwah kita mesti diingati
      3-      Tulisan dakwah kita mesti boleh orang bertindak, maksudnya orang akan lakukan apa yg kita dakwah.

Nak ajak manusia bertindak , kita mesti menyentuh hati
Dan utk menyentuh hati, mesti gunakan dakwah dan tarbiyah.

 ~ Dakwah dan tarbiyah ini bermula dari diri seorang daie

Kita ambil contoh teladan teragung, Rasulullah s.a.w, baginda ditugaskan Allah utk menyampaikan Alquran..sibhanallah, akhlak baginda sendiri ibarat Alquran, jd senang bg ummat untuk menerima ajaran baginda.

~ keikhlasan itu yg penting

Dalam berdakwah,keikhlasan adalah perkara yg sangat penting.
Imam malik,ketika beliau mahu menghasilkan Al- Muwatta’ , ramai yang bertanya mengapa beliau nak hasilkan Almuwatta’, sedangkan pada zaman itu telah banyak kitab Almuwatta’.
Dan jawapan beliau, ‘keikhlasan itu yang penting’.
Dan subhanallah ,kita boleh lihat sekarang, Al-Muwatta’ yg kita kenali sekarang adalah dari Imam Malik.

~ untuk menyentuh hati perlu ada…

Keperibadian dan kepakaran
‘kebenaran yang disampaikan dengan keindahan , dapat menyentuh hati’

~ tips menulis dari hati ~

 1-      Mesti disampaikan dgn keyakinan

Dua perkataan yang sama,disampaikan oleh dua orang yg berbeza, impaknya berbeza.
Dalam berdakwah , elemen yg paling penting ialah ‘body language’ iaitu 63% ..perkataan hanyalah tujuh persen, dan selebihnya intonasi.

 2-      Datang daripada ketaqwaan.

“orang yang tidak bertaqwa,kata-katanya tidak akan memberi kesan” –saidina Ali

Andai kita bertaqwa, Allah akan membantu orang untuk memahami dakwah kita kerana Allah adalah pembela golongan muttaqin.

Andai kita belum bertaqwa, tiru orang yang bertaqwa.

   3-      Menulis dengan mujahadah

Insyaallah, andai kita bermujahadah dlm penulisan kita, maknanya kita pun menulis untuk diri kita, utk perbaiki diri kita, insyaallah kita terlepas dari sifat munafik dalam berdakwah.

Kita buat baik,bukan  kerana kita sudah baik, tetapi sebagai usaha kita untuk jadi baik.

4-      Menulis dengan amalan

Untuk orang merasai dakwah kita, kita perlu dulu merasai
Dan untuk merasai,kita perlu alami, dan untuk mengalaminya, perlu dengan amalan.

Makna mudahnya kita buat apa yang kita tulis.

5-      Menulis dengan keikhlasan

Insyaallah, orang yang tulus akan lurus lisannya.

Tujuan menulis perlu selari dengan tujuan hidup, oaitu sebagai hamba dan khalifah.
Ramai orang yang memburu keperluan hidup tanpa ada tujuan hidup.
Tujuan hidup perlu mengatasi keperluan hidup.

6-      Menulis dengan taubat

Kadang-kadang apa yang kita ajak orang buat,tp kita tak buat lagi.
Kasang-kadang, ada juga yg kita seru orang supaya meninggalkan dosa, sedangkan dosa itu kita masih lakukan.
Jadi, semasa menulis atau berdakwah, kita menginsafi diri kita..bertaubat utk melakukan kebaikan dan meninggalkan dosa maksiat.

7-      Menulis dengan tawadu’

Dalam berdakwah, kita perlu ada sifat kehambaan

Jangan kita merasai yang kita lebih baik dari mad’u.

Itulah sedikt sebanyak yang saya boleh kongsikan.. utk lebih luas skop, tukarlah perkataan menulis itu dengan berdakwah ..~berdakwah dari hati ~.
Moga perkongsian ini berguna buat para daie di luar sana. Insyaallah.
Wallahua’lam.

Friday, 18 October 2013

Jalan Cinta Para Pejuang

Di sana ada cita dan tujuan
Yang membuatmu menatap jauh ke depan
Di kala malam begitu pekat
Dan mata sebaiknya dipejam saja
Cintamu masih lincah melesat
Jauh melampaui ruang dan masa
Kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

Lalu di sepertiga malam terakhir
Engkau terjaga, sedar dan memilih menyalakan lampu
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
Dengan cita yang besar, tinggi dan bening
Dengan ghairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja
Dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
Dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

Teruslah melangkah di jalan cinta para pejuang
Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban
Menyeru pada iman
Walau duri merantaskan kaki
Walau kerikil mencacah telapak
Sampai engkau lelah, sampai engkau payah
Sampai keringat dan darah tumpah

Tetapi yakinlah , bidadarimu akan tetap tersenyum
Di jalan cinta para pejuang

Salim A. Fillah

Thursday, 22 August 2013

suara Al-haq

Dunia seolah telah bersuara satu untuk demokrasi
Dan hari ini rakyat Palestina pun senada
Jika mereka harus dihukum kerana memilih Hamas,
Maka demikian pula rakyat Amerika harus dihukum kerana memilih Bush!
(Khalid Misy'al)

Dan katakanlah, " Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (Al Israa' :81)

Tetapi mengapa kini kita menyaksikan kebathilan itu seolah senantiasa wujud? mengapa? kerana yang benar tidak datang untuk mendesak dan menjadikannya zahuq (lenyap) . Kerana kebenaran berdiam diri di masjid-masjid dan bersembunyi di mihrah-mihrab. Kerana kebenaran memilih diam di saat kebathilan berbicara, lalu terlambat bicara di saat kebathilan telah bekerja. Kerana kebenaran tak pernah mendesak dan memukul berhala-berhala itu dengan tongkatnya.

* petikan daripada SAKSIKAN BAHWA AKU SEORANG MUSLIM -Salim A.Fillah

......................................................................

assalamualaikum. apa khabar antum semua? mungkin kita yg berada di malaysia ini dlm keadaan aman. Ya, walaupun lately banyak kes tembak menembak, tapi at least kita masih dapat menghirup udara segar yang tidak tercemar dengan bunyi dan bau bom2 rejim zalim seperti saudara-saudara kita di mesir, syria, palestin dan iraq.

Ya, sesuatu yang kita ketahui bahawa di dunia ini pastinya akan berlaku pertarungan antara al-haq dan al-bathil. Tetapi, takkan kita hanya berdiam diri dan hanya melihat pertarungan itu tanpa terkesan di hati kita dan tanpa usaha untuk mehancurkan kebathilan.

Benar, seperti dalam firman Allah bahwa kebathilan itu pasti akan lenyap. Tetapi , takkan kita hanya berdiam diri? kebathilan takkan hilang begitu saja tanpa usaha dari Al-haq.

Pastinya suatu hari nanti kita akan dipersoalkan, apa yang telah kita lakukan, apa usaha kita, saat al-bathil berkuasa, saat maksiat berleluasa??

ayuh saudara2 muslim ku! kita berusaha apa yg kita terdaya untuk menghancurkan kebathilan dan sebarkan al-haq.

wallahua'lam.

*jangan lupa baca qunut nazilah

Tuesday, 30 July 2013

buat kita pendosa, jom taubat.Itu Ubat!!

assalamualaikum semua..moga anda semua diberi kesihatan badan dan iman oleh Allah s.w.t.

25 jun yg lalu, tengah  study aqaid sambil dgr IKIM , tetibe dgr dj ikim ckp kita akan bersama dgn ust Fatimah syarha utk slot remaja..x ingat mlm tu slot remaja..then cpt2 amek buku nota n pen.

so sekarang, sy nak share ckit apa yg dikongsi oleh ustazah pd malam tu n bersama sedikit tokok tambah dr sy.. ^_^

tajuk yg diberi 'JOM TAUBAT, ITU UBAT!

sebelum kita nak menghadapi ramadhan yg dah x lama ni, eloklah kita bersihkan dulu diri kita.

'untuk menanam benih kebaikan di bulan Ramadhan, tebang dulu semak samun dosa '

kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan dosa, tetapi kadang2 kita lupa utk bertaubat..
sedangkan Rasulullah s.aw. yg ma'sum itu pun sering beristigfar n bertaubat.

Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,’Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

nabi-nabi Allah juga bersungguh-sungguh bertaubat,

~Nabi Adam a.s juga bertaubat setelah terpedaya dengan hasutan iblis.

[Surah al-A,raf ,7:23]
Maksudnya: Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

~Nabi Nuh a.s

[Surah Nuh, Ayat 28]
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

~Nabi Ibrahim

[Surah Ibrahim, 14:41]
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

dah nampak?? nabi2 yg dijamin syurga pun bertaubat, apatah lagi kita yg sudah tentu sering melakukan dosa ni..

kadang2 kita x sedar yg kita lakukan itu adalah satu dosa..dosa bersangka buruk, dosa mengumpat, dosa tinggal solat n mcm2 lg jenis dosa.
jadi, jgnlah segan2 nak bertaubat..

hari-hari kita tak terlepas dari melakukan dosa, so..hari-harilah sepatutnya kita kena bertaubat..

kalau kita x bertaubat, dosa2 kita akan berkumpul dan membuatkan kita lebih jauh dari Allah.

dosa dan maksiat akan halang kita dari cinta Allah.., halang kita dari mendapat pertolongan Allah, halang kita dari mendapat redha dan syurga Allah..

ubah diri kita dgn beratubat..

ya! Allah itu Maha Penyabar, selalu bg kita peluang utk bertaubat..subhanallah, baikkan Allah??

tapi..kita kena ingat yg Allah juga Maha Pemberi Balasan kalau kita ni tak sedar2.. x nak juga bertaubat.. ingat tu..

Apa yg menghalang kita dr bertaubat

1) bila kita pandang remeh pada dosa
kita tak nampak dan tak sedar yg kita ni buat dosa..

Ibnu Mas'ud berkata -"Orang mukmin memandang dosa ibarat gunung yang nak menghempap, dan orang kafir memandang dosa ibarat lalat di tepi hidung."

2) bertangguh..
kadang2 kita berangan-angan nak taubat bila tua nnt lah, muda ni nak enjoy dulu.

jgn kita tertipu dgn nikmat sihat, berapa ramai orang yang sihat mati tiba2 dan berapa ramai orang yg sakit beratahan lebih lama. ^_^

3) kita tertipu
" xpelah aku buat dosa dulu, nnt Allah ampunkan"

4)kita terlalu dikongkong oleh dosa2 kita sehingg membuatkan kita putus asa utk bertaubat.
Tapi kita kena ingat yg kita x boleh berputus asa dr rahmat Allah.

Firman Allah dlm surah Az-zumar :53 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 so sekarang..apa tunggu lg. Jom kita buang segala perkara yg menghalang kita dr taubat.!

Jom kita bertaubat, sesungguhnya Allah sgt suka kpd orang yg bertaubat

"...SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Albaqarah:222)

sekadar itu saja perkongsian dr sy, moga ianya bermanfaat utk sy dan kalian..
wallahua'lam

Sunday, 23 June 2013

scientist or religious?

assalamualaikum..apa khabar semua? moga korang semua berada dlm rahmat Allah.. happy sya'ban ^_^

                                                              scientist or religious?
                                                                                  which one do u prefer??
                                                                                        I choose both  :) 

teringat masa zaman spm dulu bila kawan saya bertanya ,

"fara, nnt awak nak amek kos apa?"

dan diriku ini dengan konfiden nye menjawab

"syariah"

dan kawan ku pun terkejut "seriously??"

"deadly serious"

ya..subjek syariah mmg subjek yg saya paling minat masa spm dulu .. tapi untuk menyambung syariah ke peringkat tinggi mmg an unexpected choice utk budak2 SBP ..mana tak nya, biasanye budak2 SBP mesti nak sambung medic, dentist, farmasi, engine n at least kos sains.. sebab tu lah kawan2 ku terkejut..

tp, itu citer b4 SPM

tut tut..lps je announce result * x boleh nak citer gaya cik emcee majlis announce sbb sy dtg lambat, nervous punye pasal* , cite2 utk menyambung syariah sy lupakan seperti tidak pernah terlintas dlm fikiran.

x perlu kot sy btau result sy, yg pasti, alhamdulillah all my classmate amek result atas pentas.. goyang kaki lah puan guru kelas (madam lili)..

masa isi borang upu, semuanya sy letak  foundation yg berkaitan sains..n my choice uia, usim, n last baru um..

tibe2.. ada satu kotak kosong..kalau x silap yg no 6..' Ya Allah, nak letak apa pulak ni'- diriku mengomel..
tgh dok usha2 kos, terjumpalah 'asasi pengajian islam dan sains um' 

eh?? ada sains, letak je lah isi ruang kosong

masa tu pilih hanya sbb nak penuhkan ruang kosong n itu je kos asasi yg berkaitan dgn sains masih tinggal..
seriously x pk langsung pasal pengajian islam.. bila fikir balik rasa mcm sombong je dgn nikmat Allah masa tu..astagfirullah

....then tibalah masa result upu keluar..

asasi pengajian islam dan sains
kolej kediaman nilam puri ,um

'asasi pengajian islam dan sains'? 'bile pulak aku letak kos ni hari 2?" masa tu x ingat pun ada letak kos ni..lama2 baru ingatan tu dtg..

alhamdulillah..dpt um.. tapi bile je dpt tau yg kk nilam puri tu rupanya kat kelantan, terus rasa berbelah bagi, either um or matric..
setelah bermesyuarah dan istikharah, akhirnya saya pilih um.. itu pun mak sy bagi sebab ada najwa.. oh ye, najwa ni kawn baik sy n kitorg mmg doa nak dpt u sama.. cek2 upu, alhamdulillah dapat sama walaupun bkn kos pilihan kitorang.

dan bermulalah episod baru kehidupan ku di nilam  puri..

dan di nilam puri lah baru saya benar2 menghadam tujuan sy hidup di bumi Allah ini..
sebelum ni sy hanya menjalankan kehidupan seperti biasa, walaupun x terjerumus dgn perkara2 buruk, tapi sy x pernah terfikir mcm mana utk sy terus melayari bahtera kehidupan mengikut arus Allah..

alhamdulillah di nilam puri sy megetahui dan menghayati bahwa Allah jadikan kita adalah untuk kita menjadi khalifah dan hambaNya..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-baqarah:30)

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Azzariyat:56)

saya tak tau bila sy mula berubah n bagaimana..mungkin disebabkan program, or buku2 fatimah syarha, hlovate..tp yg pasti salah satu sebabnya adalah buku maza yakni (apa ertnya saya menganut Islam) karangan fathi yakan.

kakak usrah sy kata, manusia sama seperti pensil..kenapa pensil?? saja bg contoh pensil, nak guna benda lain pun boleh..kebetulan je hr usrah tu citer pasal pensil..

pensik di ciptakan untuk menulis..cuba kalau kita jadikan pensil itu seperti paku..ketuk ke dinding..dah tentu pensil tu patah n rosak..

samalah seperti manusia, bila Allah dah ciptakan kita untuk menjadi khalifah dan hamba, tapi kita lari dari tjuan itu, maka rosaklah kita..

dan sekarang,,aku dapat memerima kenapa Allah mencampakkan ku ke dalam kos ini..

Allah nak bagi saya dua2, saya minta sains, Dia bagi sains dan pengajian islam..
Alhamdulillah ..walaupun busy sbb double major, tp sy suka sbb saya sayang kedua-duanya.. islamic studies and sciences..Allah knows the best for his slaves.. <3

... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al- baqarah:216)

done with story..

nasihat saya..

bersyukur dan redhalah dimana saja Allah menetapkan anda kerana pasti ada cik hikmah tersembunyi di belakangnya ^_^

and..pamerkan keindahan dan keistimewaan Islam walau siapa pun kita.. berbanggalah kita sebagai orang Islam sekalipun kita dlm keadaan terasing :)

wallahua'lam

Thursday, 6 June 2013

Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim

Bismilllahirahmanirrahim

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (fushshilat 33)

Kegemilangan sejarah seorang muslim terukir bukan hanya pasca risalah Nabi Muhammad s.a.w . Bahkan Muslim adalah gelaran agung yang disandang sejak mula lagi. Termasuk tentu Ibrahim 'alahis salam. Dialah muslim yang hanif, muslim yang telah menghancurkan berhala dan menetang raja namrud .

"...Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi saksi atas segenap manusia.." (Al hajj 78)

Inilah muslim, status yang tidak akan kita lepaskan sehingga maut menjemput. Moga kita mati dalam muslim.
Muslim, sebuah panggilan indah dari pepohonan dan batu-batuan yang akan berbicara di akhir zaman tentang Yahudi, musuh kebenaran yang bersembunyi di belakangnya.

" Belum akan tiba kiamat sehingga kaum Muslimin berperang dengan yahudi . Kaum muslimin membunuh mereka dan mereka bersembunyi di balik batu dan pohon. Lalu batu dan pohon berkata, "Wahai Muslim, wahai 'Abdullah, ini ada yahudi di belakaang saya, mari bunuhlah ia.."
(HR Ahmad)

Para Hawari, pengikut setia Isa, berbangga dengan keislamannya.

"..Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang muslim " (Ali imran 52)

Para Hawaryun, pengikut Nabi Isa telah tiada. Jadi, wahai saudaraku ikhwan dan akhowat , tibalah giliran kita menjada muslim yang sejati , yang berbangga dengan keislamannya. Yang selalu mengajak manusia kembali kepada kebenaran fitrah, tetapi jika mereka berpaling, cukup katakan dengan penuh kemuliaan bahawa kita adalah muslim.

..Jika mereka berpaling maka katakanlah "Saksikan bahawa kami adalah orang-orang muslim!" (Ali Imran 64)

Muslim sejati takkan pernah ragu berkata , " Saksikan Bahwa aku seorang Muslim!"

Ayuh sama-sama akita jadi muslim yang sejati , mempratikkan Islam dalam segala perbuatan kita ^_^

wallahua'lam

* ref- Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim - Salim A. Fillah

Monday, 20 May 2013

Love Ur Ummi and Abi !!

Assalamualaikum..dah lama rasanye x mengepos something kat sini... ok, so hari ni saya nak share ckit tentang berbuat baik kpd ibu bapa.. nak tau kenapa saya tetibe nak story pasal parents ??

Sebabnye, baru2 ni I’ve got a text from my abi ,

Dan text tu berbunyi ,
  
         Along, angah, ikah ,adik, abi dan ummi sayang kepada kalian semua, belajarlah bersungguh2, dekat diri dgn ALLAH, jika kami tiada lagi di dunia ini, sedekahknlah alfatihah setiap hari , kuatkan jiwa, cekalkan hati, banyak bergantung kpd ALLAH, hidup akan bahagia dunia dan akhirat.

Baca je text tu  rasa cam nak nangis..huaaaa..nape abi tibe2 bg msj macam gitu?

Bukannya my abi x pernah bg msj nasihat b4 this, tp ayat yg ni rasa lain pulak..
Nak kol, rasa segan..hehe..

And.. I just reply ..

Jazakallah ya abi. Uhibbukallah.may Allah bless both abi n umi.

ok..done with muqadddimah !

straight to the topic,

kenapa kita kena buat baik to our parents ? ni jawapan bg pihak saya..

1~ it’s an order from Allah

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman ayat: 14]

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [Surah al-Isra' ayat: 23]
    
2~ our prophet s.a.w taught us to do so

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” � (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3~ balas good deeds mereka

    parents kita dah menjaga kita dari kecil sampai sekarang dgn penuh kasih sayang..tp pernah ke mereka meminta bayaran?? of coz not.. n if they ask for that, surely kita x mampu.. so, hormat dan taati mereka are the best ways utk balas jasa mereka.

4~ they luv us

mereka sangat menyayangi kita..although they never say it by word, they actually mean it by their acts.
ibu kita x kan membiarkan seekor nyamuk pun hinggap kat badan kita masa kecil dulu..x kan sekarang kita sanggup nak tinggikan suara kat diorg. berlemah lembutlah dgn mereka..dengan kawan kita boleh berlembut, x kan dgn parents x boleh kan ?? ^_^

5~ coz we luv them
  
kalau masa kita tadika dulu, cikgu tanya siapa sayang mak n ayah dia angkat tangan..mesti semua org angkat tangan.. dulu kita sayang sgt kat diorg..x lawan cakap..tp bila dah besar ni makin byk kita menjawab.. 
kita kata kita sayang mereka,,tp adakah perlakuan kita menunjukkan yg kita sayang mereka?? ask urself.. jgn sesekali buat mereka berkecil hati dgn perbuatan kita..ingat, redha Allah terletak pd redha mereka.

.............................................................................................

Macam mana ye nak  balas jasa diorang ?

... jadi anak yang soleh or solehah....

...taat perintah Allah and parents..

..try jadi yg terbaik as they want.as long x bertentang dgn syariat..

..doakan mereka setiap hari, after sedekah alfatihah to our prophet, baca pulak utk parents kita, no matter they still alive or not…minta Allah salurkan pahala bacaan kita kpd mereka..
* jgn malas sgt nak baca alfatihah..senang je kan??

ok, itu je yg dpt sy kongsi..moga bermanfaat ^_^

Tuesday, 9 April 2013

putera puteri harapan ummah

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Puteta puteri harapan masa depan

LAGU:AMIN INTEAM
Lirik :AMIN INTEAM

Sunday, 17 March 2013

Remaja daie - saat kaki melangkah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.. apa khabar iman anda?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya mencoretkan sesuatu disini.
Seperti tajuk di atas, saya akan menyentuh tentang remaja daie.

Apa itu remaja daie?
Remaja yang dalam dirinya ada inisiatif untuk mengembalikan ummah yang dipengaruhi jahiliyyah kembali kepada Islam yang sebenar. Mereka menggunakan pelbagai wadah dalam usaha membantu rakan-rakan mereka kembali kepada Allah dan Rasul.

Alhamdulillah , saya tahu ramai remaja di luar sana yang mempunyai niat untuk memperbaiki diri dan ummah.
Tapi ingat , niat sahaja tidak mencukupi. Dalam ramai yang nak memperbaiki diri , ramai juga di luar sana yang masih leka dengan keseronokan dunia.
Tidak boleh juga kita hanya  memperbaiki diri sendiri sahaja tanpa memikirkan masalah ummat .
Lebih teruk lagi , kita sibuk memperbaiki ummat, tetapi lupa untuk memperbaiki diri sendiri .. nauzubillah
Jadi , yang terbaik adalah baiki diri kita , dalam masa yang sama sumbangkan sesuatu yang boleh membantu ummat untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

Tidak mampu ???
Err..pada pendapat saya, jika kita sudah mempunyai niat, kita semua mampu sebenarnya..
Cuma kemampuan kita yang berbeza.

Luaskan skop dakwah, jangan hanya fikir dakwah hanya dengan lantangnya memberi ceramah..

Ya, pada zaman sekarang, mungkin itulah metod yang paling berkesan.

Tetapi, jika kita tidak mampu untuk menyampaikan dakwah melalui ceramah, talk or apa2 yang menggunakan lisan,..

Carilah metod yang lain.. sbgi contoh penulisan.

“alamak, menulis pun saya tak pandai”

Ok, kalau tak mampu jugak , share je orang lain punya tulisan..status, blog dan semua2 yang mengajak kepada kebaikan..

senangkan?
Just share..
At least, ada sesuatu yang kita sumbangkan untuk Islam.

Tetapi, nasihat saya untuk diri saya dan semua..

Pelbagaikan dan asah kebolehan kita.

Jika tidak berani untuk tampil memberi ceramah, mulakan dari bawah, sebagai contoh jadi naqib or naqibah usrah.

Buat usrah sendiri, dgn niat utk mengajak orang lain kepada Allah dan Rasul.

Sedikit sebanyak ia melatih kita untuk lebih berani bercakap di khalayak.

Bila nak start??

Sekarang! Semuanya patut bermula sekarang..
Sudah tiada masa untuk kita menanguh-nangguhkan dengan keadaan umat yang sedang lena dibuai jahiliyyah.

Ayuh sahabat!

Jadilah kita seperti mus’ab bin umair
Yang tetap setia mempertahankan panji islam
Walau tangannya kudung dilibas musuh.

Jadilah seperti zubbair bin awwam
Yang pedangnya selalu siaga
Kala Rasul dihadang bahaya

Jadilah seperti thalhah bin ubaidillah
Assyahidul Hayy ,pahlawan syahid yang hidup
Memeluk Islam ketika usia muda

 Jadilah kita seperti sultan Al-fateh
Menakhluk konstantinople pada usia remaja

Wallahua’alam