Tuesday, 4 December 2012

biar bidadari mencemburui dirimu

Di sebalik bersih wajahmu,

Di sebalik tabir dirimu,

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,

Itulah sekeping hati,

Yang takut pada Illahi,

Berpegang pada janji mengabdikan diri.

assalamualaikum warahmatullah..apa khabar muslimat2 semua? post kali ni khas utk anda semua ~bidadari-bidadari dunia~.

soalan saya yg pertama...ingin menjadi seperti bidadari?
saya pasti jawapan anda semua adalah "Ya, saya mahu jd seperti bidadari".

BIDADARI ITU SUCI

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin sebelumnya. (Ar-rahman:56)

Kesucian mereka menyejukkan setiap mata yang memandang, membuat hati tenang, segar dan tenteram..

mesti ada di kalangan anda berkata "alaa, mestilah, sebab diorg bidadari, dah diciptakan cantik dan baik".

Ya, saya tak menafikan, tetapi...jgn bimbang dan tak perlu cemburu sebab wanita dunia boleh jadi lebih baik dari bidadari-bidadari syurga.

iya ke??

jom kita baca hadis dibawah,

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang:
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

ya kan? tetapi bagaimana?

Rasulullah saw ada beritahu dalam hadis diatas, -solat,puasa dan ibadat..

tetapi, jgn kita anggap ibadat itu hanyalah solat,puasa, zakat..

ibadat ini merangkumi kehidupan seharian kita, akhlak kita, pakaian kita, cara pertuturan., ketaatan kepada ibubapa, ketaatan kita kepada suami.,adab pergaulan seharian kita..

pokoknya, semua yg kita lakukan dlm kehidupan harian kita adalah ibadat kpd Allah.

apa itu ibadat?
-melakukan sesuatu yang Allah sukai kerana Allah.

hayatilah lirik ini,
Oh muslimah

Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati -nazrey

oh muslimah, Allah permudahkan jalan kita ke syurga,

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al-Bazzar]

takkan kita hanya melepaskan tawaran istimewa ini, jom jd muslimah sejati, penyejuk mata..jangan lepaskan peluang ini..

sy akhiri dgn satu rangkap lagu dr hijjaz

malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya..

BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU

wallahua'lam

Wednesday, 10 October 2012

hebatkah kita???

assalamualaikum semua , apa khabar iman ?? alhamdulillah sy berkesempatan utk berkongsi sesuatu di sini.

semalam saya dapat panggilan dr seorang sahabat lama ,  mengadu tentang teman serumahnya yang dahulunya tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya *(ala-ala free hair , couple n macam2 lah) ,tetapi alhamdulillah sekarang dia dah berubah kearah yg lebih baik, dah mula menutup aurat dengan sempurna, dan meninggalkan kehidupan sosial .

So ? apa masalahnya ? salahkah berubah jadi baik ?

ya, berubah jadi baik memang tak salah , malah sangat baik dan dia sangat beruntung memilih dan terpilih untuk mendapat hidayah Allah .

Firman Allah :
.....Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya. Dan sesiapa yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
(Az-Zumar :36-37)

tetapi , yang menjadi masalahnya sekarang , segelintir dari kita ,apabila menjadi lebih baik , akan memandang  rendah pada insan yang belum lagi berubah ,yg masih tidak menutup aurat dgn sempurna , couple dan lain-lain . Diumpatnya dengan berbagai umpatan .

"eee, apalah minah ni , couple2 pulak, nyampah betul !"

" tengok tu awak, makin singkat tudung diasaya tengok ."

hebat sangatkah kita untuk merendah-rendahkan mereka ? baik sangat ke kita sehingga layak untuk menghukum mereka ?

kadang- kadang kita terlupa yang kita pun pernah seperti mereka kerana terlampau bangga dengan perubahan kita , nauzubillah ..

lupakah kita bagaimana kita boleh berubah ? tak lain tak bukan kerana hidayah Allah .. Bayangkan kalau hidayah Allah tak sampai kepada kita ? tidakkah kita masih seperti mereka ?

ya, mungkin kita akan jawab, hidayah Allah kena cari , kenapa mereka tak mencarinya ?

mana kita tahu yang mereka tidak mencari ?? mungkin mereka sedang mencarinya, tetapi belum tiba masanya untuk sampai kepada mereka .  Boleh jadi selepas mereka mendapat hidayah Allah, mereka jauh lebih baik dari kita , melahirkan generasi Muhammad yang soleh. Wallahua'lam , semuanya sudah termaktub dalam perancangan Allah .

Bukankah Allah yang pegang hati-hati mereka ?

hati kita pun Allah yang pegang.. jadi , Allah ada hak untuk menarik balik hidayah yang diberi . Bukan kah Allah itu yang membolak balik kan hati ?

Jadi , jangan terlampau bangga dengan diri kita , bimbang kita pula yang berubah semula kepada keburukan , nauzubillah, minta dijauhkan Allah..

So!! pandanglah mereka dengan kaca mata seorang dai'e . Bukan seorang penghukum ..Tegurlah mereka dengan hikmah. Bukan ke Allah dah ajarkan kita ?

dalam firmannya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (An-nahl : 125)

subhanallah ,indahnya Islam mengajar kita pelbagai tips .

kalau bukan kita yang tegur mereka, siapa lagi ??

JOM!! Dakwah Itu Mudah  ^_^

wallahua'lam .
 
Wednesday, 26 September 2012

buatmu sahabat tercinta ♥

assalamuaikum .
pertama kali mendengar puisi ini didendangkan oleh sahabat, air mata sy mengalir .. moga puisi ini juga dr hati saya buat semua sahabat tercinta..terima kasih juga pd insan yg mencipta puisi indah ini..

buatmu sahabatku tercinta, terimalah..

Teman, aku ingin…
Aku ingin kita seperi Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalinkan kerna al-Khaliq,
Harta dikorbankan bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri takala tunduknya manusia,
Bersuara takala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikirannya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak penah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahnda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai haruman pusara Masyitah,
Semerbak Kasturi

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bias menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti…

Tuesday, 25 September 2012

sayonara jahiliyah

Wahai para mujahid muda ,
Allah s.w.t telah memilih kita ,
Menjadi duta buat semua  manusia ,

Tugas ini bukanlah mudah .

Setiap kata ,
Setiap detik fikir ,
Mahupun lintasan mata
Dan derapan tingkah laku ,
Pergaulan dan akhlak ,
Harus menjadi wajah
Buat Islam yang sebenar .

Akhlak ,
Pergaulan ,
Pakaian ,
Menjadi ilustrasi indah
Dijadikan qudwah buat umat .

Wahai mujahid muda ,
Jika kita tersadung langkah ,
Lalu lemas dalam maksiat ,
Leka dalam pergaulan ,
Asyik dengab hijabista ,
Berakhlak layaknya si barat ,
Mahupun hidup bertuhankan hedonisme ,
Pasti manusia seluruhnya akan keliru .

Paling digeruni ,
Mereka takkan percaya lagi ,
Pada kamu dan duta Islam lainnya ,
Malah ,
Tertutup hati mereka untuk Islam !

Ayuh !
Kita bersihkan jiwa dan diri ,
Bertaubat nasuha ,
Beristighfar ,
Bermujahadah dengan mencelupkan diri ,
dengan Islam yang tulen .

Lalu , ucapkanlah "SAYONARA pada JAHILIYYAH" '
Kerana-Nya semata .

*zarith fawiza
  JOM  EDISI 03

Wednesday, 27 June 2012

syahadatul haq

assalamualaikum wa rahmatullah.
apa khabar iman antum semua ?
hari ini saya nak kongsikan sedikit ttg buku Syahadatul Haq karangan Sayyid Abu Al-a'la Al-maududi .
dah baca ??
x pe, kalau dah baca kita remind balik .
bg yg belum baca , sy cadangkan korang baca ye nanti .

apa dia syahadatul haq ni ??
saya rasa semua org tahu yg syahadatul haq ini ialah Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak
Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah .

tapi ...
adakah cukup syahdatul haq ini dengan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya,
kitabNya, rasulNya dan hari akhirat ??

tidak ...
bahkan tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji .

Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh
bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan .

Pembahagian Syahadah

Kini marilah kita bersama-sama melihat apakah jalan yang sebenar bagi melaksanakan
tanggungjawab syahadah ini?

Syahadah ini wujud dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk perkataan dan perbuatan .

Syahadah Perkataan

Syahadah dalam bentuk perkataan ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi dan para rasul. Kita jelaskan kepada mereka menggunakan lisan dan pena atau apa sahaja cara dakwah dan sebaran menggunakan media cetak atau radio atau apa sahaja ciptaan manusia di kurun  ini yang boleh kita manfaatkan .

Kita perkenalkan agama yang telah Allah pilih sebagai ad-din (cara hidup yang lengkap) untuk seluruh manusia. Kita huraikan kepada seluruh manusia tentang ajaran agama yang benar ini.

Syahadah Perbuatan
Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan. Kita tonjolkan kepada mereka nilai-nilai sebenar yg diajar dalam  agama kita . Apa yang dapat mempengaruhi dan memikat jiwa manusia ialah apabila mereka melihat dengan mata mereka sendiri kebaikan ajaran agama ini yang sering kita perkatakan dan kita tonjolkan melalui perbuatan kita sepanjang hidup kita.

Namun jangan kita rasakan syahadah dalam bentuk perbuatan ini sudah cukup menandakan kita telah melaksanakan segala tanggungjawab kita dan kita mampu berhadapan dengan Allah di akhirat kelak. Tidak, sebenarnya syahadah ini tidak akan lengkap dan tidak akan terhasil melainkan setelah terbentuknya sebuah negara yang tertegak berlandaskan prinsip yang abadi seperti yang dinyatakan secara jelas oleh agama ini. Sebuah negara yang menjadikan pelaksanaan syariah Allah sebagai objektif dan misi utamanya.

-----------------------------------------------------------------------

ha?? macam mana ??  are you ready to spread the truth ?

kalau kita tak mampu nak lakukannya secara individu , buatlah secara berjamaah

dalam buku ini jgk , Sayyid Al-Mududi mengajak kita utk sama-sama menyebarkan dakwah islamiyyah ini secara berjamaah .

Di sini saya selitkan pesanan terakhir yg beliau tekankan dalam ucapan beliau . Beliau memberi kia tiga pilihan iaitu ,

1. Jika hati kamu merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip,objektif, struktur jamaah kami dan cara bekerja yang kami pilih untuk jamaah dan diri kami ini adalah benar, bersumberkan al-Kitab dan sunnah tanpa
dicemar oleh sebarang unsur jahiliyyah; jika kamu yakin semua ini dan kamu sendiri mengakui bahawa segala amalan yang telah kami laksanakan dan dakwah kami ini merupakan amalan yang sepatutnya menjadi tumpuan dan objektif utama setiap muslim dan muslimat di seluruh dunia, maka marilah bersama-sama sertai kami untuk membantu kami melaksanakan tugas ini dan bersama-sama kita beramal demi kepentingan kamu sendiri di dunia dan diakhirat, dengan izin Allah.

2. Jika kamu tidak yakin dengan cara kerja kami dan hati kamu tidak terbuka untuk bersama-sama kami, carilah jamaah lain yang bekerja untuk matlamat agama yang sebenar, jamaah yang berusaha dengan menggunakan
cara yang islamik. Gabungkan diri kamu ke dalam jamaah tersebut.Bernaunglah di bawah panjinya dan sertailah mereka bersama amalan mereka. Demi sesungguhnya, jika kami temui sebuah jamaah seperti ini sudah tentu
kami akan turut serta bersamanya. Kami adalah golongan yang amat berusaha untuk bekerja di bawah satu jamaah. Kami tidak mahu sama sekali berkelainan dan berpisah. Kami juga tidak mahu sama sekali berpecah.

3. Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak sesuai dengan diri kamu . Maksudnya jika kamu tidak setuju untuk bersama dengan kami dan tidak menemui mana-mana jamaah lain yang memiliki ciri tersebut, bentuklah
sebuah jamaah yang berlandaskan agama yang sebenar, bermatlamat menegakkan agama Allah sepenuhnya dan melaksanakan Syahadah Al-Haq melalui perkataan dan perbuatan supaya kamu dapat melaksanakan kewajipan
Islam kamu dan kamu dapat melaksanakan segala kewajipan agama kamu .

itulah pesanan beliau ..
so , how was it ?
apa ? kat malaysia ada x jemaah Islam  ?
of coz ada ..
yg saya tahu , Pas , Ikram , Haluan , dan lain-lain
carilah yang korang rasa yakin dgn objektif dan method mereka .

Wallahualam .

*rujukan - Syahadatul Haq
                 Sayyid Abu Al-a'la Al-maududi

Monday, 11 June 2012

jerawat vs bintik hitam

assalamualaikum.

apa khabar antum semua? pelik tak dengan tajuk saya?

ok, selalunya kita akan merungut kalau jerawat naik di muka kita.

"alamak , jerawat!"
"macam mana ni awk, jerawat naik lagi.."

kita pun mulalah mencari inisiatif utk menghilangkan jerawat tersebut.

kadang-kadang bila ada jerawat ,kita akan rasa sedih dan malu utk berhadapan dgn org..

tapi....soalan saya,

adakah kita berusaha mencari inisiatif utk hilangkan bintik hitam di hati kita??

tidakkah kita berasa malu dgn Allah punyai hati yg penuh dengan maksiat ?

ingatkah kita dengan sabda junjungan S.A.W yang bermaksud ,

"Sesiapa yang melakukan satu dosa , maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam ,sekiranya dia bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu pada hatinya. Jika dia tidak bertaubat , maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam" -HR Ibnu Majah

jadi , adakah kita runsing memikirkan bintik hitam pada hati kita sama seperti kita runsing memikirkan jerawat di muka?

tepuk dada, tanya iman kita.
................................................

setiap dari kita tidak lepas dari melaukan dosa, tak kiralah kita ni ustaz ke, ustazah ke. Tapi kita mesti ingat yang Allah itu maha pengampun.

Sabda Rasulullah S.A.W , "Setiap anak adam melakukan kesalahan , dan sebaik - baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat ." ( HR Bukhari ) 

bagaimana kita nak bersihkan hati kita ?

Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.” Tanya sahabat, “Ya Rasulullah, apakah pembersihnya? Sabda Baginda, “Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” [ Hadith Riwayat Al-Baihaqi].

ayuh sama-sama kita bersihkan hati kita dgn perbanyakkan istigfar, taubat dan amalan-amalan soleh.

firman Allah S.W.T dalam surah As-Syams

"Dan Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sungguh berjayalah orang yang membersihkan jiwa itu, dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya." (91:8-10)

alhamdulillah, setakat ini saja coretan sy pada kali ini, moga bermanfaat!

Saturday, 7 April 2012

♥ zhen ai 真爱 ♥

bismillahirahmahnirahim

assalamualaikum.

"lao shi , boleh x nnt time mandarin ajar kami maksud lirik lagu ni?"

teringat permintaan kawan2 sy dekat lao shi (cikgu) ms form 2 dulu . Cuba teka lagu apa?? Lagunye sama mcm tajuk kat atas , ' zhen ai' . Masa tu kitorg tgh layan drama taiwan ,' prince who turn into frog' n lagu tema drama tu lagu zhen ai nilah..masing2 excited nak tahu maksudnye..yg kelakarnya mcm satu batch je taksub ngan drama ni *except boys..kami punye batch mmg terkenal dgn kaki korea n taiwan dkt InSTAR dulu.. kebetulan kitorg amek mandarin , bolehlah blajar sekali maksud lirik lagu tu.. bila smpi time mandarin , lao shi pun suruh kitorg nynyi coz kebetulan time tu semua pelajar putera x de * x ingat pulak diorg g mn .. kitorg pun nyanyilah dgn penuh semangat n feeling..hehe..tulah crite zaman kecik2 dulu

tp sebenarnya...bukan itu yg sy nak sampaikan di sini.. apa yg saya nak sampaikan adalah ttg tajuk kat atas tu .. ideanye dtg bile sy teringat kat lagu zhen ai ni..

apa yg sy nak kongsikan kat sini adalah sedikit dr lirik lagu ni

'dào nǎli zhǎohuí zhēn’ài '

maksud nya 'where to find the true love'

zhen ai - true love

jwpnnye..sy dah jumpa 'zhen ai' sy.. kalau kecik2 dulu fikir 'true love' bile dgn pakwe or makwe je * ups..sy x pernah couple! ..hehe

tp bila dah besar ni barulah sedar whats actually the 'true love'

'zhen ai' kita adalah cinta Allah.. the eternal love, cinta abadi

bukan cinta antara lelaki n perempuan.

kalau anda masih belum ketemu 'zhen ai', burulah ianya sekarang!

sebelum kita isi hati kita ini dgn cinta manusia , isikanlah dulu dgn cinta Allah.. jgn sesekali biarkan cinta kita pd makhluk lebih tinggi dr cinta kita kpd Sang Pencipta Cinta itu sendiri kerana hanya cinta Allah yg kekal abadi.

teringat sy pd lirik lagu cintalah Illahi nyanyian inteam

'Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi ..'

andai juga belum kau temu cintaNya , pohon lah selalu..

'ya Allah.. aku pohon kepadaMu cintaMu...
dan cinta mereka yang turut mencintaiMu...
dan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu...
ya Allah... jadikan cintaMu lebih aku cintai
dari diriku sendiri ,
dari ahli keluargaku..
dan dari air yang sejuk..'

so friends!! have u found ur 'true love' ?.. and also to my schoolmate (InTAR 05/09), moga korang dah jumpa 'zhen ai' korang..

wallahua'lam

Saturday, 31 March 2012

♥ from the river to the sea ♥

bismillahirahmanirahim..

assalamualaikum dan salam mahabbah..moga semua dlm limpahan rahmat-Nya

alhamdulillah, atas permintaan bbrapa sahabat ,berkesempatan juga sy untuk kongsikan sesuatu disini walaupun tgh sibuk preparation utk final. post kali ni sy nak share something yg sy dapat semasa global march to Jerusalem (GMJ).Siapa pergi?cuba angkat tangan..huhu..

Pada awalnya sy x merancang pun nak pergi memikirkan exam final..last2 minit, alhamdulillah Allah gerakkan hati sy untuk pergi..ada jugaklah sumbangan sy untuk Islam walaupun x seberapa..jd, kat sini sy nak minta maaf sgt2 kat sahabat2 yg terasa dgn sy sbb x ajak dan x beritahu.."sory sgt2 x beritahu korang". :(

so..sbgi tanda minta maaf, sy kongsikan serba sedikit ttg GMJ .

ok..program sbnrnya dah start petang tu lg, tapi kami smpai dah nak dekat maghrib.. tp x pe..the real majlis mula mlm tu.. masuk maghrib ,semua yg hadir solat berjemaah kat tgh2 stadium..solat maghrib n solat hajat. Terasa best sgt solat ramai-ramai walaupun dgn org yg x dikenali..tp yg penting kita kenal mereka sbgi saudara seislam..rasa aura kesatuan ummah saat itu. Moga doa yang diaminkan beramai-ramai diterima Allah..insyaallah.

selepas itu, bermulalah persembahan2 dr delagasi palestin, pelajar sekolah, mahasiswa, artis2 nasyid dan ucapan2 .

saat delagasi palestin berarak sekeliling stadium, bersahut-sahutan laungan takbir..Allahuakbar!
terasa bertambah semangat jihad tatkala itu, moga ianya berterusan..amin.

apa yg sy sgt tersentuh pd malam itu adalah nyanyian dr Muadz.

Nada almasjidu lil ummah
Ya ummati aina syababi
Littaa'ti tahlul himmah
Al-himmatu fiha hayati
Nada al masjidu lil ummah
Ya ummati aina syababi?

'ya ummati, aina syababi?'
'wahai ummatku, mana pemuda?"

mana pemuda kita?? mana pemuda kita di masjid? pemuda2 kita lebih ramai berpelisiran, lebih ramai di pusat2 hiburan berbanding di masjid..lihatlah umat kita sekarang..

wahai pemuda2..sahutlah seruan masjid !..hanya dgn solat berjemaah, umat Islam akan kuat.
salah seorang kafir berkata , umat Islam akan kuat sekiranya jemaah solat subuh mereka sama ramai seperti jemaah solat jumaat ..so, ayuh pemuda! kita penuhkan saf sehingga yahudi gentar dgn umat Islam!

................................

satu lg apa yg sy suka adalah ucapan pelajar berbangsa cina dr universiti lim kok wing..
antara kata2 beliau
" palestin bukan isu agama, tapi isu kemanusian"

ok,itu bg pihak dia.. bg kita umat islam , ianya isu akidah dan juga kemanusiaan.

bergema tepukan dr hadirin saat Ally Iskandar bertanya kpd beliau, " are you chinese?"
then beliau jwb, " no, I'm Malaysian".

persembahan sajak yg bersemangat dr adik2 sekolah juga turut menyentuh hati para hadirin.

'uridu abi'
'i want my father'

rasa ingin menitis air mataku tatkala itu. Tak dapat bayangkan , apalah perasaan kita kalau ibu bapa kita dibunuh kejam dihadapan kita..bertambah syukurku kepada Allah kerana masih membenarkan ku mendapat cebisan kasih sayang dr umi n abi tercinta.

..................................................

ok..itu je kot apa yg sy boleh kongsikan.. moga dgn sedikit usaha ini dpt menjadi bukti kita di akhirat..walaupun ianya tdk memberi apa2 kesan pd israil, kita kena ingat yg Allah tidak melihat pd hasilnya, tp yg Allah lihat adalah usaha kita.

ana sgt terharu dgr feedback dr seorang sahabat,
"ukhti, ana tgok sungguh dahsyat semangat para syabab smalam.. naik semangat kemanusian dan jihad ana."
tiada apa yg mampu ku lafazkan selain kalimah Alhamdulillah..moga semangatmu , semangatku dan semangat semua syabab berterusan.! amin..

..................

owh, lupa nak brth, tajuk kat atas tu adalah slogan yg sering dilaungkan pd mlm itu

'from the river to the sea, palestin will be free!' ..amin!

wallahua'lam

p/s: sori sgt3 kalau ayat lintang pukang

Thursday, 29 March 2012

ciri-ciri orang yang mendapat hidayah

assalamualaikum semua..alhamdulillah dpt juga sy mencoret sesuatu di sini, walaupun x seberapa, harap ianya bermanfaat.Kali ni saya nak kongsikan sedikit apa yg sy dapat dlm buku Menyeru Kepada Allah yg ditulis oleh alfadhil us.A. Ubaidillah Alias. Saya nak kongsikan sedikit ttg ciri2 orang yang mendapat hidayah Allah.

1~ merasa mudah dalam beramal soleh

orang yg mendapat hidayah akan merasa mudah dan ringan untuk melaksanakan perintah Allah dan melakukan amal soleh . Firman Allah swt dlm surah Al-an'am ayat 125 yg bermaksud : "Maka barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanyapetunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapayang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanyasesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman".

maksud ayat 'Dia melapangkan dadanya untuk Islam' ialah mereka yang mendapat hidayah akan merasa mudah untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan Allah dan dadanya tersa lapang tanpa sebarang beban..dia tidak merasa berat hati utk melaksanakan ibadat kpd Allah..

2~merasa rindu kepada Allah

orang yang mendapat hidayah, setiap relung hatinya terisi dengan kerinduan kepada Allah. Jika nama Allah disebut, akan bergetar hatinya, jika dibaca firman Allah ,akan bertambah imannya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)

3~ Istiqamah

orang yang mendapat hidayah akan istiqamah dan konsisten dalam menjalankan perinah-perintahNya .

"Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke jalan yang betul (lurus)." (Ali Imran:101)

4~ bersemangat dalam mempelajari ajaran agama

orang yang mendapat hidayah akan bersemangat untuk menuntut ilmu2 Allah.

5~ sabar menghadapi pelbagai ujian

orang2 yang mendapat hidayah akan sabar dan tabah dalammenghadapi pelbagai bentuk ujian dari Allah.

Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ”Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan secara sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ” (Al-Baqarah: 155-157).

wallahua'lam

p/s- doakan utk exam final sy!

Saturday, 18 February 2012

mana sensitiviti kita ?

assalamualaikum semua..moga antum berada di bawah limpahan rahmat Allah . Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana kita masih lg menikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat Islam dan iman.

Apa yang saya nak sentuh di sini adalah tentang sensiviti kita sebagai umat Islam . Mana sensitiviti kita terhadap umat Islam yg ditindas ? Mana sikap ambil peduli kita terhadap rakyat Syria ? Kadang-kadang kita lebih sibuk membicarakan soal cinta , soal kahwin ,sehingga kita lupa nasib saudara kita . Lagi teruk ada diantara kita yang langsung tidak ambil peduli . Seolah-olah kita tidak ada kena mengena dgn umat di sana. Tapi , ingatkah kita dengan sabda junjungan SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)

Kadang-kadang kita ada masa untuk menonton vanila coklat , tetapi bila di soal , "awak dah tengok video ttg syria?" jawapan yg kita beri ialah tiada masa . Tak salah untuk kita menonton drama2 yg kita suka, tapi jangan kita lupa luangkan masa kita untuk melihat nasib ummat Islam yg lain , bukan sahaja di Syria malah di negara2 lain juga .

Mungkin ada di antara kita yang persoalkan , buat apa kita nak baca atau tengok video ttg revolusi di sana? bukannya kita mampu nak buat apa-apa pun.
Ya , memang kita tidak mampu untuk ke sana dan membantu . Tapi kita di sini mampu untuk berdoa dan at least kita ambil tahu ttg mereka kerana mereka adalah saudara seislam kita . Memang kita tak mampu untuk menyelamatkan nyawa mereka , tapi kita di sini perlu sedar dengan nasib umat Islam sekarang . Kita perlu bangkit dari lena yang panjang . Mungkin sekarang tidak terjadi pada kita , tetapi akan datang , kita tidak tahu . Jadi tugas kita sebagai umat Islam di sini adalah dengan persiapkan diri kita , teguhkan benteng akidah kita , kuatkan keimanan kita . Jangan kita mudah terjebak dengan jahiliah2 moden . Jangan sesekali kita biarkan yahudi mendoktrinkan fikiran kita . Ayuh bangkit wahai umat Islam !

wallahua'lam.

p/s - saya x pandai untuk mengolah tentang revolusi di Syria tetapi saya sertakan sumber2 yg lain :
Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi
Bumi Syria : Siapa Peduli?
Kita Membantu Mereka. Bukan Sekadar Doa.

di sini juga saya sertakan animasi ttg punca revolusi

sumber : Galeri Komik

Saturday, 4 February 2012

Ya Rasulullah..

اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ

Assalamualaikum..sy post utk kali yg kedua sempena maulidur Rasul.. salam Maulidur Rasul utk semua.. moga kita jd umat Rasulullah yg terbaik!

assalamualaikum semua..kaifa halukum?? hope antum semua diberi kesihatan 
oleh Allah s.w.t

hari ni sy nak sentuh ttg our qudwah..siapa lg kalau bukan rasul kita..
Muhammad s.a.w..

Antara dalil2 al-Quran yang menyatakan Rasulullah SAW sebagai suri teladan(Qudwah Hasanah):

Surah al-Ahzab,ayat 21:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١

Tafsirnya:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "
Surah al-Qalam, ayat 4:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬ (٤)

"Sesungguhnya pada dirimu (wahai Muhammad) terdapat akhlak yang agung."

so...ape lg..same2 lah kita contohi our prophet ni.
.
 adakah kita mencintai Rasulullah seperi baginda mencintai kita??
sebelum nyawa baginda diambil..siapa yg baginda sebut??
ummati, ummati..ummatku
subhanallah..betapa kuatnya cinta baginda kpd kita..
mampukah kiat membalasnya..??

kalau kita tgk skrg ni ramai yg mengaku cintakan Rasulullah..
tp..adakah kita mengikuti sunnah2 nya??
cube sesekali kita bayangkan..bagaimana jika Rasulullah hadir ke zaman kita..
apakah perasaan baginda jika melihat akhlak kita??
same2lah kita muhasabah diri..

ayuh same2 kita perbanyakkan selawat ke atas baginda
sbg tanda cinta kita..mengikuti sunnahnya..
tanpa perjuangan baginda dan para sahabat
islam tdk akan smpai kpd kita..

"Rasulullah..dlm mengenanagmu..
kami susuli lembaran sirahmu..
pahit getir perjuanganmu..
membawa cahaya kebenaran.."

Rasulullah...kami mencintaimu..!!

Sunday, 8 January 2012

~ jangan terlampau berkira ~

assalamualaikumwarahmatullah .. alhamdulillah3 ..syukur kepada Allah s.w.t kerana dgn izinnya dpt sy meluangkan masa bertinta di sini .. apa yg sy nak tulis pd entry kali ni adalah ttg majlis ilmu .. ~ jangan berkira dgn majlis ilmu ~

kenapa saya kata begini ??

perasan tak kadang2 kita ini memilih penyampainya (penceramah).. kalau kita kenal ataupun kita suka dgn penceramah itu baru kita bercadang-cadang nak pergi..

sebagai contoh , dalam perjalanan ke kelas kita ternampak satu poster

" wah ,, IM Asyraf lah ,bestnye , jom pergi , jom ".

cuba kalu poster itu pamerkan ustaz2 yg kita x kenal or x berapa nak glamour ?? adakah kita excited nak pergi ?? alhamdulillah kalau kita pun beghie jgk nak pergi .. tp kebanyakannya akan melihat kpd penceramahnya dahulu .. x salah untuk kita excited dgn penceramah kegemaran kita , tapi alangkah baiknya kalau kita lebih excited untuk menuntut ilmu ..kerana setiap majlis ilmu yg kita hadiri ,insyaallah kita akan dapat ilmu baru dan semestinya ilmu yg kita sedia ada tdk berkurang..

kadang-kadang kita juga berkira dgn tajuk ceramah.. nampak tajuk2 yg best je kita nak pergi..
kalau tajuk yg biasa2 je akan dgrlah suara2 sumbang seperti :

"alaa,,bosanlah tajuk ni , setiap tahun benda yg sama "

" isra' mikraj ?? alaa..kan tahun lepas dah dgr "

begitulah ragam kita..padahal walaupun kita dah dgr ceramah tu setiap tahun , kita tetap lupa , bila ditanya tarikh isra' mikraj pun kita tak ingat , jd apa salahnya kita dgr lg , sbb manusia kan mmg sifatnya pelupa ,jd kita harus sentiasa diperingati..

..............................................................................

habis ttg ~ jgn terlampau berkira ~ , sy nak keluar sedikit drpd tajuk tetapi masih berkisar ttg
majlis ilmu .. sy nak fokuskan di sini ,, sejauh mana kita menghargai sesuatu majlis ilmu tersebut ??

sejauh mana kita bersungguh-sungguh utk mendapatkan ilmu ??

cuba kita lihat diri kita ,
mana kita lebih fokus ,
dengar ceramah agama atau kuliah akademik ??

mana kita lebih pergi awal ,
ceramah agama atau kuliah akademik ??

soal diri kita sendiri ..

lagi satu perkara yg x sepatutnya berlaku ttg majlis ilmu ,
kadang2 apabila kawan kita pergi satu majlis ilmu dan kita tak pergi , lps tu , kawan kita pulang , dia bercerita serba sedikit ttg majlis ilmu yg dia pergi ,tiba2 ada satu perkara yg kita x suka ttg majlis imu tersebut , sebagai contoh ;

kawan : tadikan ustaz tu tanya semua orang ttg ukhwah .. saya tak tau nak jawab apa..

kita : ye ke ?? nasib baik aku x pergi ..

no, no ,no ..x sepatutnya kita kata nasib baik kerana sebenarnya kita telah rugi kerana setiap majlis ilmu itu pasti ada ilmu baru ..ilmu Allah kan luas.. kita sepatutnya cakap , "ruginya saya tak pergi " ..

itu sahaja sedikit sebanyak apa yg sy nak kongsi,,moga tazkirah ini bermanfaat unutk diri saya dan yg lain khususnya diri sy yg menyampaikan ini ..