Monday, 26 September 2011

dia yang kunikahi..

Assalamualaikum semua .. Hari ni sy nak share ckit ttg novel yg baru sy abes baca .. tajuknya dia yang kunikahi .

ni lah novel tu . novel ditulis oleh penulis blog bayyinat

apa yg sy suka dgn novel ni adalah kerana semua yg tertulis dlm novel ni dekat dgn sy baik watak n tempat . salah satu watak dlm novel ni nama dia nasuha , kebetulan nama roomate sy pun nasuha . apalagi , perasan abes lah roomate sy tu ..hehe.. kadang2 sy sengaja baca kuat2 baris2 ayat yg ada nama nasuha dlm novel tu . saja nak bg die dgr .. lg satu yg sy suka tempatnya byk kat pahang .. lagi2 pekan pahang ..huhu.. rumah sy pun kat pekan .. seronok sy baca .. gambar cincin dlm tu pun sama cam cincin tunang kwn sy .. alquran yg digambarkan dlm novel tu pun persis cam al quran sy ..

tp sebenarnya bukanlah perkara ni yg sy nak kongsikan . kat atas tu hanya selingan . sebenarnya sy nak kongsi ibrah yg sy dapat dr novel ni ..ttg baitul muslim .. muda sgt ke sy nak ckp ttg baitul muslim ?? tidak , bahkan agak terlewat . kenapa?? sebabnya kalau kita betul2 nak bina baitul muslim , kita kena bersedia bertahun-tahun sebelum itu . kebiasaannya lelaki soleh atau wanita solehah nak pasangannya yg juga soleh dan solehah yg disebut dlm novel ni sbgi 'produk siap' .. kenapa ?? kadang2 ada juga org bertanya , "kenapa x nak kawen dgn perempuan biasa2 then bimbinglah die ". bg sy tu pun boleh jugak . tp kalau kita berkahwin dgn 'produk siap' , lg bagus . boleh sama2 mendidik anak2 ke jalan Allah , menjalankan dakwah bersama-sama .. barulah daulah islamiyyah akan tertegak ..

jd ..kepada para muslimin dan muslimah , bersedialah untuk membina baitul muslim dr sekarang .. mantapkan ilmu2 agama .. bukan apa , nnt kalau anak kita tny ttg agama macm mana kita nak jwb kalau kita sendiri x berilmu .. so , berubahlah ke arah kebaikan .. walaupun terlambat x mengapa . 'its better late than never' ..

syukran kpd penulis -iqbal syarie .. semoga Allah memberkatimu dgn ilmu yg disampaikan ..

wallahua'lam .

Saturday, 10 September 2011

ku meridui bumi itu..

ku merindui bumi itu..

bumi itu mengajar aku mengenal Allah..

bumi itu mengajar aku mencintai Allah lebih dr segala2 nya

bumi itu mengajar aku mencintai makhluk kerana-Nya

bumi itu mengajar aku cinta selepas Allah dan Rasul adalah cintaku pd ibubapa

bumi itu mengajar aku erti ukhuwah fillah

bumi itu mengajar aku mencintai sahabat kerana-Nya

bumi itu mengajar aku menjadi muslimah sejati

bumi itu mengajar aku menghormati orang lain

bumi itu mengajar aku mecintai akhirat

bumi itu mengajar aku melawan cinta yg berlandaskan nafsu

bumi itu mengajar aku erti pengorbanan

bumi itu mengajar aku erti sebuah perjuangan Islam!

ku merindui bumi itu..

bumi itu..bumi tarbiah um nilam puri..

Sunday, 4 September 2011

Rintihan syawal

suatu hari di bulan syawal , sedang aku mejemur pakaian di luar rumah kedengaran suara kanak-kanak memberi salam .

"Assalamualaikum!!"
"Waalaikumussalam". jawabku.
"akak , boleh kami beraya?". tanya salah seorang dari mereka.
"boleh-boleh , masuklah. " jawabku dengan riang.

Aku pun masuk kedalam rumah bersama mereka.

"adik-adik duduklah dulu, akak pergi buat air ye". Aku ke dapur untuk membuat air.

.........................................................................................

"Jemput minum adik-adik . Makanlah kuih-kuih ni . " kataku sambil tersenyum. Seronok aku melihat keceriaan kanak-kanak ini . Hidup mereka bagaikan tiada masalah .

"dah berapa buah rumah adik-adik beraya?" tanyaku.
"baru dua akak". jawab salah seorang dari mereka .
"owh , akak ingatkan dah banyak" .
"kami dah pergi banyak rumah , tapi yang buka pintu dua buah rumah je."
"owh , macam tu rupanya ."

tiba-tiba seorang dari mereka yang sejak tadi hanya mendiamkan diri bertanya kepadaku.

"akak , kenapa orang-orang kat sini tak nak buka pintu bila kami beri salam ? kan sekarang ni hari raya?"
"betul , betul , betul !! " yang lain menyampuk tanda setuju.
"mungkin diorang takde kat rumah kot" . jawabku.
"tapi kami nampak diorang ada . Bila kami datang terus tutup langsir." jawabnya kembali tidak puas hati .
"tak apalah dik , mungkin diorang ada kerja lain . Adik-adik raya je kat rumah akak ni." kataku sambil tersenyum untuk menyenangkan mereka . Dalam hati aku rasa sangat kecewa dengan sikap masyarakat sekarang .

selang beberapa minit di rumahku .
"akak !!kami nak balik dulu."
"alaa , cepatnnye nak balik . tunggu kejap ye". aku masuk kedalam untuk mengambil duit.

.................................
"nak duit raya tak?" . tanyaku.
"mestilah nak akak" . mereka ketawa keriangan .
"kalau nak salam akak dulu . " kami pun bersalam-salaman.
"assalamualaikum akak"
"waalaikumussalam , datanglah lagi ye."
"ok , no hal !!". jawab mereka .

.............................................................................

selang beberapa hari selepas itu , di masjid dekat perumahanku , aku melihat beberapa orang kanak-kanak yang beraya di rumahku hari itu mengedarkan risalah . Aku mendekati mereka untuk mengambil risalah tersebut . Sempat juga ku bertegur sapa dengan mereka . Aku terus membaca risalah tersebut .

DENGARLAH SUARA KAMI..

Pakcik , makcik ,
kami ingin bertanya
mengapa ketika kami memberi salam di rumah pak cik makcik ,
tidak ada seorang pun yang menjawab?

adakah pakcik makcik sedang sibuk??
tapi , adakah kesibukan pakcik makcik melebihi kesibukan Rasulullah s.a.w?
yang kerjanya memimpin negara dan umat?

pakcik , makcik ,
adakah pakcik dan makcik tahu
andainya Rasulullah bersama kita
kamilah golongan yang baginda akan muliakan

pakcik , makcik ,
bukankah di hari raya kita dituntut untuk menjalinkan silaturahim??
Itulah yang selalu dilakukan oleh rasul kita Muhammad s.a.w
adakah pakcik dan makcik mencitai Rasulullah??
andai jawapanya ya , ikutilah sunnahya..

suara anak-anakmu..

Walaupun pendek , risalah tersebut membuatkan air mataku mengalir .

..................the end..............................