Thursday, 5 May 2011

ukhuwah

"hish...bengang betul saya..manalah sakinah ni menghilang?" rungut sara.
"awak kenapa sara??pagi-pagi lagi dah bising..ada masalah ke??"tanya farahin
hairan.
"sakinah ni..hilang entah ke mana..semalam kitorang janji nak buat assignment pagi
ni..tiba-tiba je dia menghilang."
mendengar rungutan sara ,farahin tersenyum.. "oh, itu sebabnya yang buat muka si
manis ni kelat pagi-pagi."
"eee awak ni..orang seriuslah."gerutu sara..
"ok2..mungkin dia pergi kedai kot..beli buku..mana kita tau."
"ye lah tu..entah-entah pergi dating."sangka sara.
"ya Allah..tak baiklah awak cakap macam tu, kita kan kena bersangka baik".nasihat
farahin sambil tersenyum.
"awk ni..baik sangatlah, asyik-asyik nak sangka baik, mana lah tau dia buat benda
jahat."rungut sara muak.
"sara, kan serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik..kalau kita bersangka
buruk dekat sakinah,masih ada lagi ke ukhwah antara kita dan dia?? sekalipun dia
mungkin buat benda tak baik,kita tak boleh bersangka terus tanpa selidik."nasihat
farahin membetulkan sara.
"Ya Allah..teruknya saya ni..terima kasih farahin, nasihatkan saya..
"sama-sama,mmg tugas sahabat menasihati sahabatnya sendiri."kata farahin sambil
tersenyum mesra. Dalam hatinya dia mengucap syukur kpd Allah kerana sahabatnya
cepat tersedar dari kesilapan.
......................................................

"sara, saya pergi kedai kejap ye, nak beli gula..gula dah habis lah."maklum
farahin.
"laa..dah habis ke??oklah..awak nak pergi sorang je ke??"
"sorang je..dekat je kan. oklah, saya pergi dulu ye..assalamualaikum."
"waalaikummussalm,jalan elok-elok..kirim salam kat abang kedai." gurau sara.
farahin ketawa dgn gelagat sara. Sebenarnya tujuan utama farahin keluar bukanlah
utk beli gula tetapi dia ingin mencari sakinah. Sejak akhir-akhir ni dia ada
dengar yang Sakinah keluar dengan lelaki.Dia tidak mahu sahabatnya terlibat sama
dgn masalah sosial remaja sekarang.
...........................................................

sedang farahin melintas sebuah taman permainan,dia sangat terkejut dan sedih
dengan apa yang dilihatnya. Dilihatnya Sakinah sedang berdua-duaan dengan seorang
lelaki.Betullah apa yang orang cerita kpdnya selama ini.
'Ya Allah..bantulah hambaMu ini utk menasihati sahabatku'.doa farahin dalam hati.

tidak mahu disedari, perlahan-perlahan farahin mendekati mereka.
"assalamualaikum."
"waa..waalaikummussalam.. Farahin!!apa awak buat kat sini??" terkejut sakinah
melihat farahin berada di situ.
"saya nak pegi ke kedai tadi, pastu ternampak awk..sy pergilah sini..awk ikut saya
pergi kedai nak??" ajak farahin. tak sanggup dia melihat sahabatnya melakukan
maksiat.
"eh..ko siapa? tiba-tiba ajak sakinah balik!! bagilah peluang kitorng nak
berborak." sergah lelaki yg bersama sakinah.
"relaxlah awak..ni housemate sayalah."sakinah menenangkan lelaki itu.
"farahin..awak pergi dulu ye..kitorang nak berborak lagi."pujuk sakinah.
"sakinah..awk tau kan apa yang awak buat ni salah"..tanya farahin lembut. dia tak
sangka sahabatnya akan berkata begitu. Hampir saja air matanya menitis.
"weh ustazah!!kau relaxlah..kitorang buat dosa ke ,buat apa ke, kitorang punya
pasal lah..ko sibuk apa??kau sayang kat dia kan??kau tak gembira ke tengok dia
happy??apa punya kawan lah kau ni?."marah lelaki itu..sakinah hanya mendiamkan diri malu kerana dia tau perbuatannya salah.
"saudara,sebab saya sayangkan sakinah lah saya buat macam ni..saya sayangkannya dunia dan akhirat..saudara hanya sayangkannya kat dunia je..kalau saudara sayangnya dunia akhirat,saudara takkan mengajaknya melakukan dosa." sinis farahin.
" sakinah, awak lupa ke dgn hadis Rasulullah yg menyatakan bahawa Allah akan menaungi tujuh golongan di mahsyar nanti dan antaranya adalah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah?bukan kah kita pernah berjanji utk saling menyayangi kerana Allah??bersama-sama ke syurga??" farahin mengingatkan sahabatnya samnbil tersedu-sedu.Lelaki tadi hanya mencebik seolah-olah bosan dgn kata-kata farahin.
sakinah turut mengalirkan air mata penyesalan dan terharu..terharunya dia mempunyai sahabat yg sgt menyayanginya.
"sakinah,andai awk menyayangi Allah melebihi lelaki ini, ikutlah saya balik."
kata farahin sambil berjalan pergi.
"awak, saya minta maaf. Saya lebih sayangkan Allah dan dia."lafaz sakinah kepada lelaki itu sambil menunding ke arah farahin. Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
"farahin!!!tunggu!! saya lebih sayangkan Allah dan awak!" jerit sakinah.. Farahin berpaling dan menunggu sakinah. Sakinah meluru ke arah farahin dan terus memeluk farahin dan menangis teresak-esak.Farahin tidak henti-henti mengucapkan kalimah syukur.
"farahin,uhibbukifillah."
"wa ana aidhan".ucap farahin tesenyum sambil menitis air mata kesyukuran.
"dah lah sakinah..jangan sedih-sedih lagi..jom balik". pujuk farahin.
"eh..tadi awk kata nak pergi kedai??awk tipu saya ye?" senda sakinah.
"ha'ah lah lupa pulak..hehe..ok..jom pergi kedai.." mereka pulang bersama-sama dgn gembira dan syukur. Sakinah sgt bersyukur dikurniakan sahabat seperti farahin dan juga diberi hidayah oleh Allah. Tak henti-henti dia beristigfaf sesal.

the end.

p/s- serendah-rendah tahap dalam berukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tingginya adalah melebihkan sahabat.

sabda junjungan :"Tujuh golongan yg Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya
pada hari yg tiada naungan melainkan naunganNya sahaja.
Antanya ialah dua orang yg berkasih sayang kerana Allah, mereka
bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."

3 comments:

la dolce said...

sayang farah~
uhibbukifillah..

lina asrar said...

hehe..tiba2 je dbah ni..
rindu ek??
uhibbuki fillah aidhan..

Anonymous said...

sayang farah jugakkkkk.kih3
*secret admirer*
=P