Sunday, 11 December 2011

awas !!! mindamu diserang !!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. syukur alhamdulillah , Allah bagi kesempatan pada saya untuk menulis pd hari ini.. apa yg saya nak kongsikan pada kali ini adalah ttg ghazwatul fikr ( seranagan fikiran )..dlam minggu ni saja , dah masuk tiga kali sy dgr tazkirah ttg ni.. so macam x adil kalau sy x kongsikan ilmu ni.. bg yg dah sedia maklum ttg perkara ini , ambillah ianya sbgi peringatan buat diri kita yg sering lupa ..

apa itu ghazwatul fikr ??

ghazwatul fikr dr segi bahasanya adalah serangan fikiran ..

selepas peperangan salib ..tentera salib telah berbincang ..dalam perbincangan mereka .. mereka mengatakan bahawa umat Islam ini tidak dpt dikalahkan dgn perang ... jd mereka merancang untuk menyerang pemikiran umat Islam .

”Muslims should not be approached as people often do, by arms, but by words, not by force, but by reason, not by hatred, but by love.”- Petrus Venerabilis, pemimpin tentera salib

“Kita tak akan dapt kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini(al-Quran) -King Louis VII, pemimpin tentera salib.

tujuan ghazwatul fikr ..

memalingkan dan melalaikan umat Islam drpd berpegang teguh dengan ajaran Islam .

contoh-contoh ghazwatul fikr yg kita dapat lihat sekarang :

hiburan yg melampau

kalau kita tgk rancangan kat tv skrg ni , kebanyakannya berunsurkan hiburan ..malah kanak2 pun dididik dgn hiburan sebagai contohnya idola kecil , kamilah bintang .. remaja sekrang ini pun dah sinoim dgn hiburan ..sepatutnya remaja Islam haruslah memperkasakan diri mereka dgn ilmu2 agama .

budaya couple

budaya couple ini bukanlah ajaran Islam sebaliknya ajaran Islam adalah khitbah dan nikah .. tetapi ,,kalau kita lihat sekarang ni budaya couple ni dah mnjadi trend muda mudi sekarang . Yg x couple dikatanya kolot..astagfirullah..

facebook

huhu..facebook ?? ghazwatul fikr jugak ke ?? sy pun ada .. yup!! facebook adalah salah satu ghazwatul fikr buat umat Islam ..kalau kita tengok ,, ramai yg boleh baca komen lama2 di fb ..tapi bile time baca Alquran berkira ..satu muka dah dikata cukup ..cuba cek balik diri kita ..
x salah untuk kita berfesbuk , tp kita haruslah pandai menggunakannya.. selitlah ilmu2 yg bermanfaat di status kita ..

banyak lg contoh-contoh lain yg dapat kita lihat sekarang ..

berjayakah agenda mereka ??

ya !! agenda merka dah berjaya ..lihat saja akhlak remaja kita ..
kes penzinaan berleluasa..anak luar nikah semakin ramai .. remaja2 kita lebih gemar menghadiri konsert drpd majlis ilmu..

nasihat saya ..

kita sbgi umat Islam , terutamanya remaja Islam yg bakal menjadi pemimpin , persiapkanlah diri .. kuatkanlah diri kita ini ..mungkin kita x mampu utk berperang dgn mereka ,, tetapi cukuplah dgn kita selamatkan pemikiran kita ini dr dibonekakan oleh yahudi ..kita ada Allah yg memelihara kita ..umat Islam ada kekuatan iaitu solat ..jd ..peliharalah solat kita , terutamanya solat subuh ..salah seorang kafir berkata , umat Islam akan kuat sekiranya jemaah solat subuh mereka sama ramai seperti jemaah solat jumaat ..so..bangunlah awal untuk menunaikan solat subuh berjemaah .. lawan nafsu tidurmu! moga kita menjadi salah satu dr kekuatan umat Islam !

wallahua'lam..

Thursday, 1 December 2011

Insan Tarbawi

assalamualaikum semua..apa khabar iman antum hari ini ?? entry kali ni saya nak kongsikan tentang insan tarbawi yg saya dapat semasa tazkirah ..

apa sebenarnya insan tarbawi ni ??

secara umumnya insan tarbawi ini bermaksud insan yg ditarbiahkan (individu yg terdidik)

insan tarbawi ini sentiasa bergantung kepada Allah walau apapun yg berlaku .. pergantungannya kepada Allah amatlah tinggi .

bagaimana untuk menjadi insan tarbawi ??

untuk menjadi insan tarbawi ,,kita mestilah mentarbiyahkan diri kita .. (tarbiyah - didik)

tarbiyah terbahagi kpd byk cabang...antara yg terpenting adalah :

~ tarbiyah ruhiyah (rohani)

tarbiyah ruhiyah ini bermaksud tarbiyah rohani ..dalaman kita ..untuk menjadi insan tarbawi
,,tarbiyah yg paling penting adalah tarbiyah ruhiyah ..dalaman kita ini perlu dididik , perlu
diberi makan . apa makanan rohani ? makanan rohani ini kita boleh dpt drpd majlis2 ilmu..
majlis2 yg boleh menambahkan keimanan dan keyakinan kepada Allah .

~ tarbiyah aqliyah (akal)

akal kita juga perlu di tabiyah . seorang insan tarbawi mestilah mempunyai akal yg sihat .
Akal yg boleh berfikiran rasional .

~ tarbiyah jasadiah (fizikal)

tarbiyah jasadiah ini adalah tarbiyah fizikal ..badan kita .. kalau nak jadi insan tarbawi ,,
fizikal kita mestilah kuat .. kenapa perlunya tarbiyah jasadiah ? unuk memudahkan kita
melakukan tuntutan Allah ..untuk memudahkan kita melakukan gerak kerja Islam ..kalau lemah ,
macam mana nak lakukan kerja dgn sempurna . Allah juga menyukai orang yg kuat . Dalam sabda
Rasulullah s.a.w :

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya memiliki kebaikkan” (Shahih Muslim, kitab al Qadar, bab al Iimaan bin Qadar wa idzan lahu no. 2664. Dikeluarkan juga pada Sunan Ibni Majah, al Muqaddimah, bab fil Iimaan no. 79)

~ tarbiyah khuluqiah (akhlak)

seterusnya tarbiyah khuluqiah ..akhlak kita ini perlu dididik untuk menjadi contoh kepada org
lain dan menarik minat non muslim kpd Islam .

~ tarbiyah vs hawa nafsu

tarbiyah melawan hawa nafsu ..seorng insan tarbawi tidak menghambakan diri kpd hawa nafsunya
tetapi menjadi tuan kpd hawa nafsu ..membuang karat2 jahiliah yg masih ada dalam diri .

~ tarbiyah siasi

tarbiyah siasi ini perlu dalam erti kata untuk melahirkan sebuah kerajaan Islam . Kita boleh
lihat contoh bagaimana nabi Muhammad sendiri menerima perlantikan sbgi PM Madinah untuk
melancarkan penyebaran Islam .

Contoh tarbiyah yg terbaik adalah tarbiyah Allah kepada Rasulullah dan sahabat dan juga tarbiyah Rasulullah s.a.w kepada sahabat ..

Kita boleh lihat bagaimana Allah s.w.t mendidik hamba2 nya dgn penurunan Alquran secara beransur - ansur . Allah menegur kesilapan Rasulullah dan isteri2 baginda .. kita boleh juga lihat bagaimana pengharaman arak secara beransur-ansur ..bukti berjayanya tarbiyah ini adalah dimana selepas turunya ayat pengharaman arak , sahabat2 membuang semua arak yg ada dalam rumah mereka .

tarbiyah Rasulullah s.a.w kpd sahabat baginda juga hebat ..kita boleh ambil pengajaran bagaimana Saidina Umar yg dulu semasa sebelum memeluk Islam , beliau adalah seorang yg garang , tetapi setelah memeluk Islam , beliau boleh jd seorang yg begitu lembut ..subhanallah ..betapa hebatnya tarbiyah Rasulullah s.a.w kpd sahabat..
saya suka nak selitkankan bait2 lagu hijaz di sini ..

aku hanya umar

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

begitulah sedikit sebanyak perkongsian drpd saya .. moga2 kita semua mnejadi insan tarbawi ..
wallahua'lam

Wednesday, 30 November 2011

Does Islamic method of slaughtering animal appear ruthless..??

assalamualaikum and hye to everyone..this entry will be fully in english..
As mention in the title above , I'll share here about slaughtering animal in Islam..Why I decide to write about this ?? because...until now,,a lot of non-muslim confuse about this and even there are a few of Muslim who still doubt about this..so,,as a muslim , I have to convey and explain about this.

The Islamic method of slaughtering .

1 ~ the animal should be slaughtered with a sharp object (knife) and in a fast way so that the pain of slaughtering is minimized .

2 ~ The slaughtering is to be done by cutting the throat , windpipe and the blood vessels in the neck causing the animal's death without cutting the spinal cord .

3 ~ The blood has to be drained completely before the head is removed . The purpose is to drain out most of the blood which would serve as a culture medium for micro organisms . The spinal cord must not be cut because the nerve fibres to the heart could be damaged during the process causing cardiac arrest , stagnating the blood in the blood vessels .

Blood is a medium for germs and bacteria

~ blood is a good media of germs , bacteia , toxins ,etc . Therefore the Muslim way of
slaughtering is more hygienic as the blood containing germs , bacteria , toxins , etc. that
are the cause of several diseases is removed .

The meat remains fresher for a longer time .

~ meat slaughtered by Islamic way remains fresher for a longer time due to a reduction of blood
in the meat as compared to other method of slaughtering .

The animal does not feel the pain of slaughtering .

~ The swift cutting of vessels of the neck disconnects the flow of blood to the nerve of the
brain responsible for pain . Thus the animal does not feel pain . While dying , the animals
struggles , writhes , shakes and kicks , not due to pain , but due to the contraction and
relaxation of the muscles deficient in blood and due to the flow of blood out of the body .

so...as the conclusion..we can see that the slaughtering method in Islam not only humane but also scientifically the best .. right??
huhu..thats all from me..wallahua'lam

reference - most common question about Islam by Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Monday, 28 November 2011

muslimah sejati ibarat ovum..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..hari ni sy nak kongsi ttg ovum.. ovum?? kenapa dgn ovum ?? kenapa ovum sama mcm muslimah ??

cuba kita perhatikan gambar ovum kat atas ini .. kalau kita tengok , ovum ni ada beberapa lapisan yg mengelilinginya ..lapisan ini membuatkan sperm susah nak masuk dalam ovum,,walau berjuta-juta sperm cuba nak masuk dalam ovum ni ,,hanya seekor sperm yg akan berjaya masuk ..

so...apa kena mengenanya dgn muslimah sejati ??

seorang muslimah sejati ada benteng yg memagari dirinya drpd lelaki2 yg cuba mendapatkan cintanya..walau ramai lelaki yg memikatnya ,, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapatkan cintanya iaitu sang suami..seorang muslimah sejati tidak membenarkan mana2 lelaki menggugat cintanya pd Sang Pencipta.. cintanya hanya dilabuhkan pada yg betul2 hak ..

ovum pula....once seekor sperm dah berjaya masuk dalam nya ,,ia akan mengeluarkan enzyme untuk menguatkan lapisan yg mengelilinginya ,,sekaligus menghalang sperm2 yg lain memasukinya ..

muslimah sejati juga begitu ..sekali dia telah diijabkabulkan dgn sang suami ,, dia akan menjaga dirinya drpd dicerobohi lelaki-lelaki lain.. dirinya hanya untuk yg bergelar suami...

itu saja perkongsian drpd sy ..moga bermanfaat untuk muslimah2 semua .. sama2 lah kita memperbaiki diri kita untuk menjadi muslimah yg sejati .. wallahua'lam ..

***************************************************************
p/s : dah sebulan lebih x update blog ni.. kadang2 timbul rasa malas untuk menulis tetapi sy ambil ini sebagai tanggungjwb sbgi seorg muslim untuk menyampaikan ilmu kpd org lain ..doakan sy istiqamah dlm penulisan ini.. ^-^

Saturday, 15 October 2011

dakwah vs islah ??

assalamualaikum semua .. syukur kpd Allah sy masih mampu berkongsi sesuatu di sini , juga selawat dan salam buat rasul junjungan kerana dgn berkat perjuangan Baginda kita dapat merasai dua nikmat yg terbesar iaitu nikat iman dan Islam .

hari ni sy nak tulis ckit ttg dakwah dan islah .. kita ambil dakwah dlm konteks untuk non muslim n islah untuk muslim .

pada pendapat antum mn lg penting ..
dakwah kepada non muslim or islahkan muslim ??

hmmm ..masing2 mesti ada pendapat yg tersendiri ..

kalau kita tgk program kat malaysia ni program dakwah yg byk ke or program islah ??

kat malaysia byk sgt program islah tp program dakwah hampir2 xde..

sy x delah nak ckp mn lebih penting cuma kat cni sy nak kongsikan sedikit perkongsian yg sy dapat semasa sesi ceramah bersama bro shah kirit .. kenal x ?? beliau adalah india muslim yg sudah 15 tahun kembali kpd islam .. beliau skrg bergiat aktif dlm berdakwah kpd non muslim n train org islam utk berdakwah .

perkongsian pd malam tu bertajuk DAKWAH MILIK SIAPA ??

setelah beliau menerangkan maksud dakwah n islah beliau bertanya .. dakwah wajib x ??

hampir semua berkata wajib hny 3 org berkata tdk wajib .

salah seorang drpd 3 org tersebut membri alasan melalui dalil dlm surah Alkafirun ayat ke 6 ..
mafhumnya : untukmu agamamu , dan untukku agama ku .

tapi , kalau kita rujuk ayat no satu surah tersebut .. katakanlah (Muhammmad) , "wahai org2 KAFIR" . kafir sebenarnya bermaksud org yg mensyirikan Allah selepas Islam telah sampai kpd mereka . ini bermakna ayat terakhir td dituju untuk org kafir setelah dakwah islam smpi kpd mereka .. so..dakwah kepada non muslim tu dikira wajib .. - bro shah kirit

antara dalil2 yg digunakan ..

dalam surah Al asr ada menyebut semua manusia dlm kerugian kecuali ..org2 yg BERIMAN dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN , serta saling MENASIHATI untu kebenaran dan saling MENASIHATI untuk KESABARAN .. dlm ayat ini menggunakan perkataan dan n serta bukannya atau ..thats mean utk menjadi manusia yg tidak rugi kita kena cukup semua ciri2 yg disebut ..apa yg nak disentuh disini adalah pentingnya nasihat menasihati ..

dalam Al Quran juga byk menyentuh ttg amar makruf nahi munkar .. tp kita lihat sekarang ramai umat islam hny menjalankan konsep amar makruf nahi munkar kpd umat Islam sahaja .. sedangkan , jika kita selami, apakah sebenarnya makruf dan munkar yg paling besar ??

dalam surah Fussilat ayat 33 : dan siapakah yang lebih baik perkataannya drpd orang yg menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata sungguh , aku termasuk orang muslim (yg berserah diri) ?"
ayat ini menunjukkan amar makruf yg paling baik adalah menyeru manusia kepada jln ALLAH iaitu Islam ..

dalam surah annisa' ayat 48 : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. barangsiapa yang mempersektukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar".
dalam ayat ini jelas menunjukkan yg kemungkaran yg paling teruk adalah syirik..non muslim juga tergolong dlm syirik sbb dia mempersekutukan Allah ..so...tugas kita adalah mencegah kemungkaran yg paling besar ni ...

persoalan yg timbul..
kenapa sedikit program dakwah ??

antara alasan 2 .. (~ alasan)(* jwpn)

~ mengganggu gugat keharmonian kita yg berbilang kaum ..

* zaman Rasulullah pun berbilang puak ..lebih dr 360 puak menyembah berhala yg berlainan .. tp ada ke Rasulullah bg alasan mcm kita ?? dakwah tetap berjalan ..kita ni selalu mengaku cintakan Rasullah SAW , tp ada ke kita teruskan perjuangan Baginda ? -bro shah kirit

~ alaa..nnt kalau kita dakwah kat kawan takut dia terasa n putus kawan

* 1 - ' serulah kepada jln Tuhanmu dgn hikmah dan pengajaran yg baik dan berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik . ' (surah An-nahl : 125)
Allah dah tunjuk dgn kita mcm mana nak dakwah .. dgn berhikmah..insyaAllah x timbul pergaduhan ..
kita boleh dakwah dgn menggunakn lidah ,tulisan ,harta , akhlak n lain2 ..so kalo x mampu dgn lidah byk lg cara lain .

* 2 - cuba kita fikir , kalau kawan kita yg non muslim tu msuk Islam setelah kita berdakwah kat mereka , mana dia lebih hargai kita ..sebelum masuk islam or selepas ??
kalau kita x berdakwah kpd mereka , adakah dia akan hargai kita di akhirat kelak ?? renung2 kan..

* 3 - mn kita lebih utamakan , keredhaan Allah atau hubungan persahabatan ??

.........................................................................

begitulah sedikit sebanyak perkongsian pada malam tu ..

amacam ?? bersedia nak berdakwah ??

*******************************************************

so skrg , apa jwpn antum ??

dakwah non muslim or islahkan muslim yg lebih penting ??

hehe..jwpnnya ..dua2 penting ..dua2 haruslah bergerak seiring ..

***********************************************************

islahkan muslim no 1 tapi dakwah kpd non muslim bukan no 2 !

wallahua'lam ..

Monday, 10 October 2011

like a pencil !!

assalamualaikum semua . apa kabar iman antum ?? moga2 bertambah .
entry kali ni sy nak share sedikit pengisian yg sy dapat semasa usrah .

apa yg sy nak kongsikan adalah ttg sebatang pensil .

ada apa dgn pensil ??

sebenarnya pensil ni sama seperti kita .

~ pensil .. ada pemegangnya yg mencoretkan sesuatu atas kertas . pensil hanya mengikut gerak atur si pemegangnya . sama seperti kita , perjalanan hidup kita telah dicoretkan oleh ALLAH .

~ pensil ... jika tumpul , kita akan cari inisiatif untuk menajamkannya semula . sama seperti kita , jika ilmu kita sedikit, kita mesti cari inisiatif untuk menambah ilmu kita . sama juga seperti iman , jika iman kita semakin tumpul , cepat2 lah cari inisiatif untuk menajamkannya kembali .

~ pensil .. bila menulis benda yg salah kita akan memadamnya .. sama seperti diri kita , jika melakukan kesalahan atau dosa cepat2 lah perbaiki dan bertaubat .

~ pensil .. apabila kesalahan yg kita tulis itu terlampau banyak , dan hinggga bila kita hendak memadamya , kertas terkoyak , kita akan ganti dgn kertas yg baharu .. sama seperti kita , apabila hati kita terlampau kotor sehingga tdk dpt di sucikan , mintalah kpd Sang pencipta hati yang baru .

di sini sy selitkan satu kata2 yg sy terbaca dlm solusi..

~ carilah hatimu ketika solat , jika tidak ditemui , maka carilah hatimu ketika membaca Al- Quran , jika tidak ditemui , maka carilah hatimu ketika duduk bertafakur , jika tidak ditemui juga , mintalah kepada ALLAH hati yg baharu ~

sekian perkongsian dr sy .. moga bermanfaat

wallahua'lam

Sunday, 9 October 2011

renungilah duhai wanita..

daripada Abu Musa , Rasulullah SAW bersabda , " setiap pandangan mata yang haram adalah penzina dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia berlalu menghadiri majlis , maka dia adalah penzina ."

menurut Syaikh Al-maududi , terdapat tiga pengertian tabarruj :

~ menampakkan keelokan wajah dan bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat di hadapan
lelaki yang bukan mahram .

~ mempamerkan pakaian dan perhiasan yang indah di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya .

~ mempamerkan diri dan berjalan dengan lenggang - lenggok dihadapan kaum lelaki yang bukan
muhrim .

Sabda Rasulullah SAW : " wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki , yang melenggok - lenggokkan tubuhnya , yang kepalanya seperti punuk unta , mereka itu tidak akan masuk syurga ." ( riwayat Muslim )

NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya .
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya .
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya .
IMAN mengatakan wanita cantik atas dasar sebagaimana dia berpegang teguh kpd agamanya .

~di petik drpd seindah mawar berduri - fatimah syarha

Monday, 3 October 2011

lelaki yang kami rindui..

lelaki yang kami rindui ,
hanya iman penggerak hidupnya ,
tiangnya agama ,
batinnya taqwa ,
ilmu teguh di dada ,
hatinya sarat cinta
kepada Allah dan Rasulnya ,
suluhnya bukan nafsu semata ,
tapi ihsan kaya di jiwa .

lelaki yang kami rindui ,
terhibur dengan kalamullah ,
merasa manis dengan zikrullah ,
rindukan perjuangan Rasulullah ,
cintakan sunah kekasih Allah ,
gagah menangkis mehnah ,
di akhir zaman yg penuh mehnah .

lelaki yang kami rindui ,
malamnya syahdu dek tangisan ,
tidak terbuai dek lena panjang ,
munajatnya pilu , penuh keinsafan ,
sujudnya penuh kehambaan .

lelaki yang kami rindui ,
mengenal kami cinta hakiki ,
cinta Illahi itulah visi,
agar hidup diiringi Rabbi ,
bersih dari tipuan iblis .

lelaki yang kami rindui ,
membentangkan kami permaidani muhsabah ,
kata-katanya adalah tazkirah ,
senyumannya adalah nasihat ,
telunjuknya adalah arah ,
agar tetaplah kami penuh hebah ,
di atas landasan Islam yang indah ,
hingga ke titisan darah..

-fatimah syarha-seindah mawar berduri

Monday, 26 September 2011

dia yang kunikahi..

Assalamualaikum semua .. Hari ni sy nak share ckit ttg novel yg baru sy abes baca .. tajuknya dia yang kunikahi .

ni lah novel tu . novel ditulis oleh penulis blog bayyinat

apa yg sy suka dgn novel ni adalah kerana semua yg tertulis dlm novel ni dekat dgn sy baik watak n tempat . salah satu watak dlm novel ni nama dia nasuha , kebetulan nama roomate sy pun nasuha . apalagi , perasan abes lah roomate sy tu ..hehe.. kadang2 sy sengaja baca kuat2 baris2 ayat yg ada nama nasuha dlm novel tu . saja nak bg die dgr .. lg satu yg sy suka tempatnya byk kat pahang .. lagi2 pekan pahang ..huhu.. rumah sy pun kat pekan .. seronok sy baca .. gambar cincin dlm tu pun sama cam cincin tunang kwn sy .. alquran yg digambarkan dlm novel tu pun persis cam al quran sy ..

tp sebenarnya bukanlah perkara ni yg sy nak kongsikan . kat atas tu hanya selingan . sebenarnya sy nak kongsi ibrah yg sy dapat dr novel ni ..ttg baitul muslim .. muda sgt ke sy nak ckp ttg baitul muslim ?? tidak , bahkan agak terlewat . kenapa?? sebabnya kalau kita betul2 nak bina baitul muslim , kita kena bersedia bertahun-tahun sebelum itu . kebiasaannya lelaki soleh atau wanita solehah nak pasangannya yg juga soleh dan solehah yg disebut dlm novel ni sbgi 'produk siap' .. kenapa ?? kadang2 ada juga org bertanya , "kenapa x nak kawen dgn perempuan biasa2 then bimbinglah die ". bg sy tu pun boleh jugak . tp kalau kita berkahwin dgn 'produk siap' , lg bagus . boleh sama2 mendidik anak2 ke jalan Allah , menjalankan dakwah bersama-sama .. barulah daulah islamiyyah akan tertegak ..

jd ..kepada para muslimin dan muslimah , bersedialah untuk membina baitul muslim dr sekarang .. mantapkan ilmu2 agama .. bukan apa , nnt kalau anak kita tny ttg agama macm mana kita nak jwb kalau kita sendiri x berilmu .. so , berubahlah ke arah kebaikan .. walaupun terlambat x mengapa . 'its better late than never' ..

syukran kpd penulis -iqbal syarie .. semoga Allah memberkatimu dgn ilmu yg disampaikan ..

wallahua'lam .

Saturday, 10 September 2011

ku meridui bumi itu..

ku merindui bumi itu..

bumi itu mengajar aku mengenal Allah..

bumi itu mengajar aku mencintai Allah lebih dr segala2 nya

bumi itu mengajar aku mencintai makhluk kerana-Nya

bumi itu mengajar aku cinta selepas Allah dan Rasul adalah cintaku pd ibubapa

bumi itu mengajar aku erti ukhuwah fillah

bumi itu mengajar aku mencintai sahabat kerana-Nya

bumi itu mengajar aku menjadi muslimah sejati

bumi itu mengajar aku menghormati orang lain

bumi itu mengajar aku mecintai akhirat

bumi itu mengajar aku melawan cinta yg berlandaskan nafsu

bumi itu mengajar aku erti pengorbanan

bumi itu mengajar aku erti sebuah perjuangan Islam!

ku merindui bumi itu..

bumi itu..bumi tarbiah um nilam puri..

Sunday, 4 September 2011

Rintihan syawal

suatu hari di bulan syawal , sedang aku mejemur pakaian di luar rumah kedengaran suara kanak-kanak memberi salam .

"Assalamualaikum!!"
"Waalaikumussalam". jawabku.
"akak , boleh kami beraya?". tanya salah seorang dari mereka.
"boleh-boleh , masuklah. " jawabku dengan riang.

Aku pun masuk kedalam rumah bersama mereka.

"adik-adik duduklah dulu, akak pergi buat air ye". Aku ke dapur untuk membuat air.

.........................................................................................

"Jemput minum adik-adik . Makanlah kuih-kuih ni . " kataku sambil tersenyum. Seronok aku melihat keceriaan kanak-kanak ini . Hidup mereka bagaikan tiada masalah .

"dah berapa buah rumah adik-adik beraya?" tanyaku.
"baru dua akak". jawab salah seorang dari mereka .
"owh , akak ingatkan dah banyak" .
"kami dah pergi banyak rumah , tapi yang buka pintu dua buah rumah je."
"owh , macam tu rupanya ."

tiba-tiba seorang dari mereka yang sejak tadi hanya mendiamkan diri bertanya kepadaku.

"akak , kenapa orang-orang kat sini tak nak buka pintu bila kami beri salam ? kan sekarang ni hari raya?"
"betul , betul , betul !! " yang lain menyampuk tanda setuju.
"mungkin diorang takde kat rumah kot" . jawabku.
"tapi kami nampak diorang ada . Bila kami datang terus tutup langsir." jawabnya kembali tidak puas hati .
"tak apalah dik , mungkin diorang ada kerja lain . Adik-adik raya je kat rumah akak ni." kataku sambil tersenyum untuk menyenangkan mereka . Dalam hati aku rasa sangat kecewa dengan sikap masyarakat sekarang .

selang beberapa minit di rumahku .
"akak !!kami nak balik dulu."
"alaa , cepatnnye nak balik . tunggu kejap ye". aku masuk kedalam untuk mengambil duit.

.................................
"nak duit raya tak?" . tanyaku.
"mestilah nak akak" . mereka ketawa keriangan .
"kalau nak salam akak dulu . " kami pun bersalam-salaman.
"assalamualaikum akak"
"waalaikumussalam , datanglah lagi ye."
"ok , no hal !!". jawab mereka .

.............................................................................

selang beberapa hari selepas itu , di masjid dekat perumahanku , aku melihat beberapa orang kanak-kanak yang beraya di rumahku hari itu mengedarkan risalah . Aku mendekati mereka untuk mengambil risalah tersebut . Sempat juga ku bertegur sapa dengan mereka . Aku terus membaca risalah tersebut .

DENGARLAH SUARA KAMI..

Pakcik , makcik ,
kami ingin bertanya
mengapa ketika kami memberi salam di rumah pak cik makcik ,
tidak ada seorang pun yang menjawab?

adakah pakcik makcik sedang sibuk??
tapi , adakah kesibukan pakcik makcik melebihi kesibukan Rasulullah s.a.w?
yang kerjanya memimpin negara dan umat?

pakcik , makcik ,
adakah pakcik dan makcik tahu
andainya Rasulullah bersama kita
kamilah golongan yang baginda akan muliakan

pakcik , makcik ,
bukankah di hari raya kita dituntut untuk menjalinkan silaturahim??
Itulah yang selalu dilakukan oleh rasul kita Muhammad s.a.w
adakah pakcik dan makcik mencitai Rasulullah??
andai jawapanya ya , ikutilah sunnahya..

suara anak-anakmu..

Walaupun pendek , risalah tersebut membuatkan air mataku mengalir .

..................the end..............................

Saturday, 6 August 2011

sketsa Ramadhan..

pada suatu petang jam 7:23 p.m , di sebuah rumah yang terletak di Malaysia ,

manusia : Ya Sya'ban , benarkah engkau akan pulang?

sya'ban : Ya wahai manusia . Aku telah diperintahkan untuk pulang . Janganlah bersedih wahai manusia . selepas ini sahabatku akan datang menziarahimu . sudilah kamu menjemputnya.

manusia : siapakah sahabatmu wahai Sya'ban? Insyaallah aku akan menjemputnya .

sya'ban : sahabatku bernama Ramadhan . Dia akan datang bersama isterinya Rezeki , anak-anaknya
,Sahur dan Iftar , dan juga tiga orang cucunya Rahmat , Barakat dan Taubat .Insyaallah
engkau akan menyenangi mereka .

manusia : owh . Insyaallah aku takkan mengecewakan mereka .

sya'ban : aku balik dulu ya . Assalamualaikum .

manusia : waalaikummussalam . (jawab manusia dalam kesedihan)

.......................................................................................

tok , tok ,tok . bunyi ketukan pintu . Manusia bergegas ke pintu untuk melihat siapa di luar .

Ramadhan : Assalamualaikum . Aku Ramadhan . Ini keluargaku . Sudikah engkau menerima kami
sebagai tetamu , wahai manusia ?

manusia : waalaikummussalam . subhanallah . Aku sangat gembira dengan kedantangan engkau wahai
Ramadhan . Silakan masuk . Insyallah aku takkan mensia-siakan engkau sekeluarga .

Ramadhan : terima kasih wahai manusia .

selama Ramadhan berada di rumah manusia tidah pernah sekalipun manusia mengecewakan Ramadhan dan keluarga . Setiap hari manusia akan menggembirakan Ramadhan dan keluarga dengan puasa ,tarawih, tahajjud ,Alquran dan sebagainya . Dia ingin mendapatkan redha Allah dengan melayan tetamu teristimewa ini .

..............................................................................................

Setelah hampir sebulan berada di rumah manusia ,

Ramadhan : Wahai manusia , aku rasa sudah tiba masanya untuk aku dan keluarga pulang .

sambil menangis manusia berkata ,

manusia : benarkah wahai Ramadhan ? tidak sanggup untuk aku melepaskan engkau pergi . Tapi ,
apakan daya aku .

Ramadhan : Jangan bersedih wahai manusia , aku akan selalu mendoakanmu . Terima kasih kerana
telah menggembirakan aku sekeluarga . Insyaallah tahun hadapan akan ku ziarah engkau
lagi .

manusia : insyaallah , jika diizinkan Allah akan aku sambut kedatanganmu lebih baik dari ini .

Ramadhan : kami pergi dulu wahai manusia . Jangan lupa jemput ketibaan Syawal . Assalamualaikum .

manusia : waalaikumussalam . Insyaallah .

manusia mengiringi pemergian Ramadhan dengan tangisan . tidak lama kemudian pintu rumahnya berbunyi lagi ,

Syawal : Assalamualaikum .

manusia : waalaikumussalam . Oh , Syawal . Jemputlah masuk . Aku akan hidangkan engkau dengan
sedekah dan puasa enam . Insyaallah .

*********************** THE END ***************************

~ adakah kita seperti manusia di atas yang menangis saat Ramadhan pergi ??

ayuhlah sama-sama kita menggembirakan tetamu yang datang ini . Perbaiki Ramadhan kita..

wallahua'lam . sebuah perkongsian dari hamba yang dhaif..

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan is here!!!

assalamualaikum semua..Ramadhan kareem..kat sini saya nak kongsi ckit tentang 3 tahap orang berpuasa..

tahap pertama :

tahap ni dikenali sebagai tahap org awam..means tahap org biasa.. orang yang berada pada tahap ini puasanya hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum.. ada di antara puasa org-org ini tak diterima oleh Allah..nauzubillah.. moga2 kita tidak tergolong dlm golongan ini..

tahap kedua :

tahap ini dikenali sebagai tahap khusus . puasa mereka bukan setakat menahan diri dari makan dan minum . malah pancaindera mereka juga turut berpuasa . mata berpuasa dr melihat perkara2 yg haram . mulut berpuasa dr bercakap perkara sia-sia . telinga berpuasa dr mendengar perkara2 yg lagho .

tahap ketiga :

tahap ini dikenali sebagai tahap khususul khusus . orang yg berada pada tahap ini lebih baik pada tahap kedua . puasa mereka semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah . dan orang yang berada pada tahap inu menangis saat ramadhan pergi .. moga kita tergolong dlm golongan ini. insyaallah..

moga ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yg terbaik buat kita ..

wallahua'lam.

Saturday, 30 July 2011

jangan tinggal...

4 pesanan Ibn Abbas :

1~jangan tinggal solat fardhu berjemaah

2~jangan tinggal baca Al-quran

3~jangan tinggal majlis ilmu

4~jangan tinggal bangun malam

Wednesday, 27 July 2011

bersangka baiklah dengan Allah..

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

pernah tak kita merasa Allah tidak menyayangi kita apabila doa kita tidak dimakbulkan??

bersangka baiklah dengan Allah..

wallahua'lam

Monday, 25 July 2011

mudahnya kita bersangka buruk..

assalamualaikum semua..dah lama rasanya saya tak menulis..alhamdulillah Allah masih memberi saya kesempatan untuk menulis di sini..sedikit tazkirah sebagai perkongsian saya pada hari ini..semoga perkongsian ini bermanfaat utk sy dan semua..

apa yang saya nak kongsi di sini adalah tentang sangkaan buruk..lebih dalam konteks sesama manusia..
pernah tak kita bersangka buruk dekat org lain??
jujur saya katakan yang saya juga tdk terlepas dari bersngka buruk dan saya percaya hamba biasa macam kita ni tdk terlepas dr bersangka buruk..paling kurang pun terlintas di fikiran kita..

tapi..sedar tak kita bahawa sangkaan buruk ini sebenarnya lahir dari hati yang kotor??
jadi..kalau sekali terlintas di fikiran kita sangkaan buruk terhadap orang lain, cepat2lah kita padamkannya dan beristigfar..gantikannya dgn bersangka baik.. insyaallah hati kita akan lebih tenang..

kadang-kadang saya terfikir..kenapa kita nak bersangka buruk?? sedangkan ia akan buat hati kita tak tenteram, marah..apapun dgn bersangka baik akan membuat hati kita tenang..

dalam bersahabat bersangka baik adalah perkara yg paling penting kerana serendah-rendah tahap ukhuwah itu adalah bersangka baik..jadi.. cuba kita nilai ukhuwah kita sesama sahabat kita..kalau betul ukhuwah yg dijalinkan kerana Allah, tak sepatutnya ada sangkaan buruk walaupun sedikit..

pernah tak kita rasa kawan kita sedang bersangka buruk terhadap kita??
tapi..sedar tak kita yang sebenarnya kita pun tengah bersangka buruk terhadap dia??
saya bagi satu contoh di sini..

dalam sebuah bilik, ada si A dan si B.. si A sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran sedangkan si B sedang melayari intrnet.. sedang si A khusyuk study..tibe2 syaitan datang menghasut..terlintas di fikiran si A:

'ish,,mesti si B rasa aku sedang menunujuk-nunjuk rajin..mesti dia bersangka buruk kat aku ni'
...........................................................

tetapi..perasan tak sebenarnya yang si A telah bersangka buruk terhadap si B??

saya rasa situasi seperti ini sering berlaku dalam kehidupan bersahabat..so.. sama2 lah kita menjauhi bersangka buruk..biasakan dalam diri kita untuk bersangka baik sekalipun perit..insyaallah kita akan diberi ganjaran oleh Allah..

firman Allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." Surah al-Hujurat: 12

walaupun apa yg saya tulis ini tdk seberapa..sy harap semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat kita semua..insyaAllah..

wallahua'lam

Saturday, 9 July 2011

Polis vs orang agama

assalamualaikum semua . apa khabar iman kita hari ni?? insyaallah kali ni sy akan kongsikan sedikit pendapat sy ttg tajuk kat atas tu .
sebenarnya apa yg sy nak kongsikan x delah segempak tajuk kat atas ni.

apa yg sy nak katakan di sini adalah... ape tugas polis sebenarnya?? tentulah menjaga keamanan negara n nama baik negara kita . tp kadang2 kita lihat x semua polis mematuhi undang2 negara . bukan semua tp hanya segelintir . tp disebabkan nila setitik tu , rosaklah susu sebelanga . kadang2 kite tengok polis sendiri merokok kat kwsn larangan .. sepatutnya polis menjadi role model kepada semua rakyat Malaysia sbb selalunya rakyat akan pandang pd polis .

"polis pun buat , kite bolehlah"

sama juga situasi polis ni dgn orang agama . sepatutnya orang yg belajar agama ( pengajian islam) tugasnya adalah untuk menunjukan keagungn n kemurnian Islam.. tp kadang2 kita juga lihat segelintir orang agama tidak menunjukkan imej Islam yg sebenar . contohnya ade je budak2 pengajian Islam dating, pergi tempat2 yg x sepatutnya , x jaga akhlak n sebagainya . sepatutnya kite yg belajar agama lah patut tunjukkan imej Islam yg sebenar sbbnya tugas org agama sama je mcm polis cuma dr aspek yg berlainan . org agama menjadi role model kpd semua umat Islam . apa2 pun org akan pandang orang agama.

"budak pengajian Islam pun buat, kie blehlah"

tp sebenarnya kedua- dua tugas ini adalah tanggungjawab semua .. tugas menjaga nama negara teletak kat bahu semua rakyat Malaysia n tugas menjaga kemurnian Islam terletak kat bahu semua umat Islam . polis n orang agama hanyalah sebagai role model . kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga nama baik Malaysia n sama2 berusaha menaikkan nama Malaysia . begitu juga dgn umat Islam , sebagai org Islam kita patut tunjukkan kemurnian Islam n seterusnya mengangkat nama Islam di mata dunia. barulah org luar akan tertarik dgn malaysia n non-muslim tertarik dgn Islam..

wallahua'lam.

Friday, 24 June 2011

pabila Islam menjadi asing

assalamualaikum semua..apa khabar iman antum?? insyaallah , hari ni sy nak kongsi sedikit apa yg sedang berlaku pd zaman yg mengejar arus kemodenan ini..

jika kita lihat pd zaman sekarang ni islam sedikit sebanyak sudah menjadi asing . betul x?? maksud sy Islam sudah jd asing bukanlah org yg menganut Islam sebab kalau kita nak tgk sekarang umat Islam tu memanglah ramai , tetapi , berapa ramai sgt yg mengamalkan Islam sepenuhnya?? berapa ramai yg menjadikan Islam sebagai Addeen .? bahkan, orang yg mengamalkan Islam or membawa nama Islam kadang-kadang diperlekehkan . Yang paling sedihnya , umat Islam sendiri memperlekehkan orang2 agama . Umat Islam sendiri yg mempermainkan hukum2 Allah . Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Islam bermula dalam keadaa terasing dan akan kembali asing seperti permualaannya .

di sini sy bagi satu situasi ..

suatu hari sy dan kawan2 pergi ke koperasi utk membeli keperluan. kami merupakan students pengajian Islam dgn sains . jd, tentulah kami berpakaian sopan dan menutup aurat . tiba2 ada seorng pekerja lelaki nak masuk koperasi , tapi , melihat kami di situ , dia berkata kpd penjaga kaunter , "akak , saya tunggu kat luar dulu lah ye . Rasa berdosa gile pulak kalau bercampur ." (dlm keadaan mmpermainkan).
Ya Allah.. mendengar ucapannya itu membuat sy beristigfar.. sy n kawan2 sedikit marah n sedih kerana betapa jahilnya umat Islam sekarang .

kadang2 ada juga kawan2 sy tanya , "kenapa diorang ni anti gila dgn kita ye?".

menjawab persoalan itu..

biasalah , orang yg bawa nama Islam ni selalu diperlekehkan . tetapi, kita yg bawa nama Islam ni janganlah cepat berputus asa ataupun merungut . Allah hanya uji kita sedikit . Jika kita imbau sirah Nabi Muhammad s.a.w , lagi teruk baginda dgn sahabat2 diperlekehkan . Tapi , dgn ketabahan dan keimanan mereka, akhirnya Islam berjaya sampai juga ke kita . Jika terlintas dihati kita perasaan sedih dan geram, hayatilah sirah Rasulullah s.a.w.

kat sini sy juga nak selitkan kata2 semangat buat sahabat2 seperjuangan sy..

kawan-kawan..
janganlah kita malu bila orang memperlekehkan kita jika kita mengamalkan Islam. kerana sabda Rasulullah s.a.w : " Islam bermula dalam keadaan terasing . Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka , berbahagialah untuk orang yang terasing".

jadi..teruskanlah pantulkan cahaya Islam walau dalam keadaan terasing , walau org memandang pelik , walau orang memperlekehkan kita . kerana Allah sentiasa bersama hambanya yg bersabar .
semoga kita menjadi orang yg berbahagia di akhirat kelak..Insyaallah.

dakwah dusta

Ada sebuah kisah cantik yang dikutip oleh Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyah-nya. Kisah menarik ini, atau yang semakna dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin.

Ini kisah tentang seorang gadis yang sebegitu cantiknya. Dialah sang bunga di sebuah kota yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tak banyak yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan bisa dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia seorang pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman surga.

Sebagaimana wajarnya, sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak. Hanya karena kabar. Hanya karena cerita yang beredar. Bahwa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahwa akhlaqnya suci. Bahwa ilmunya tinggi. Bahwa keshalihannya membuat iri. Bahwa ketaqwaannya telah berulangkali teruji. Namanya kerap muncul dalam pembicaraan dan doa para ibu yang merindukan menantu.

Gadis pujaan itu telah kasmaran sejak didengarnya sang bibi berkisah tentang pemuda idaman. Tetapi begitulah, cinta itu terpisah oleh jarak, terkekang oleh waktu, tersekat oleh rasa asing dan ragu. Hingga hari itu pun tiba. Sang pemuda berkunjung ke kota si gadis untuk sebuah urusan. Dan cinta sang gadis tak lagi bisa menunggu. Ia telah terbakar rindu pada sosok yang bayangannya mengisi ruang hati. Meski tak pasti adakah benar yang ia bayangkan tentang matanya, tentang alisnya, tentang lesung pipitnya, tentang ketegapannya, tentang semuanya. Meski tak pasti apakah cintanya bersambut sama.

Maka ditulisnyalah surat itu, memohon bertemu.

Dan ia mendapat jawaban. ”Ya”, katanya.

Akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang disepakati. Berdua saja. Awal-awal tak ada kata. Tapi bayangan masing-masing telah merasuk jauh menembus mata, menghadirkan rasa tak karuan dalam dada. Dan sang gadis yang mendapati bahwa apa yang ia bayangkan tak seberapa dibanding aslinya; kesantunannya, kelembutan suaranya, kegagahan sikapnya. Ia berkeringat dingin. Tapi diberanikannya bicara, karena demikianlah kebiasaan yang ada pada keluarganya.

”Maha Suci Allah”, kata si gadis sambil sekilas kembali memandang, ”Yang telah menganugerahi engkau wajah yang begitu tampan.”

Sang pemuda tersenyum. Ia menundukkan wajahnya. ”Andai saja kau lihat aku”, katanya, ”Sesudah tiga hari dikuburkan. Ketika cacing berpesta membusukkannya. Ketika ulat-ulat bersarang di mata. Ketika hancur wajah menjadi busuk bernanah. Anugerah ini begitu sementara. Janganlah kau tertipu olehnya.”

”Betapa inginnya aku”, kata si gadis, ”Meletakkan jemariku dalam genggaman tanganmu.”

Sang pemuda berkeringat dingin mendengarnya. Ia menjawab sambil tetap menunduk memejamkan mata. ”Tak kurang inginnya aku berbuat lebih dari itu. Tetapi coba bayangkan, kulit kita adalah api neraka; yang satu bagi yang lainnya. Tak berhak saling disentuhkan. Karena di akhirat kelak hanya akan menjadi rasa sakit. dan penyesalan yang tak berkesudahan.”

Si gadis ikut tertunduk. ”Tapi tahukah engkau”, katanya melanjutkan, ”Telah lama aku dilanda rindu, takut, dan sedih. Telah lama aku merindukan saat aku bisa meletakkan kepalaku di dadamu yang berdegub. Agar berkurang beban-beban. Agar Allah menghapus kesempitan dan kesusahan.”

”Jangan lakukan itu kecuali dengan haknya”, kata si pemuda. ”Sungguh kawan-kawan akrab pada hari kiamat satu sama lain akan menjadi seteru. Kecuali mereka yang bertaqwa.”

Kita cukupkan sampai di sini sang kisah. Mari kita dengar komentar Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan tentangnya. ”Apa yang kita pelajari dari kisah ini?”, demikian beliau bertanya. ”Sebuah kisah yang indah. Sarat dengan ’ibrah dan pelajaran. Kita lihat bahwa sang pemuda demikian fasih membimbing si gadis untuk menghayati kesucian dan ketaqwaan kepada Allah.”

”Tapi”, kata beliau memberi catatan. ”Dalam kisah indah ini kita tanpa sadar melupakan satu hal. Bahwa sang pemuda dan gadis melakukan pelanggaran syari’at. Bahwa sang pemuda mencampuradukkan kebenaran dan kebathilan. Bahwa ia meniupkan nafas da’wah dalam atmosfera yang ternoda. Dan dampaknya bisa kita lihat dalam kisah; sang gadis sama sekali tak mengindahkan da’wahnya. Bahkan ia makin berani dalam kata-kata; mengajukan permintaan-permintaan yang makin meninggi tingkat bahayanya dalam pandangan syari’at Allah.”

Ya. Dia sama sekali tak memperhatikan isi kalimat da’wah sang pemuda. Buktinya, kalimatnya makin berani dan menimbulkan syahwat dalam hati. Mula-mula hanya mengagumi wajah. Lalu membayangkan tangan bergandengan, jemarinya menyatu bertautan. Kemudian membayangkan berbaring dalam pelukan. Subhanallah, bagaimana jika percakapan diteruskan tanpa batas waktu?

”Kesalahan itu”, kata Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan memungkasi, ”Telah terjadi sejak awal.” Apa itu? ”Mereka berkhalwat! Mereka tak mengindahkan peringatan syari’at dan pesan Sang Nabi tentang hal yang satu ini.”

Ya. Mereka berkhalwat! Bersepi berduaan. Ya. Sang pemuda memang sedang berda’wah. Tapi meminjam istilah salah seorang Akh yang paling saya cintai dalam ’surat cinta’-nya yang masih saya simpan hingga kini, ini adalah ”Da’wah dusta!” Da’wah dusta. Da’wah dusta. Di jalan cinta para pejuang, mari kita hati-hati terhadap jebakan syaithan. Karena yang tampak indah selalu harus diperiksa dengan ukuran kebenaran.

taken from: Jalan Cinta Para Pejuang/Cinta Bersujud Di Mihrab Taat/Selingan Cinta dari Khazanah Lama

by Salim A. Fillah

Friday, 17 June 2011

jalan-jalan tazkirah

assalamualaikum semua..hari ni sy nak share tazkirah sy n kawan2.. semalam sy n 6 org kawan klua jln2.. lps mkn tengahari kitorg pun mulakan tazkirah berantai..sebenarnya tazkirah x de dalm perancangan kitorg pun.on the spot je..tgh citer2 tibe2 kluar idea nak wat tazkirah berantai..so, jln2 kitorg x lah jd sia2 kerana ada ckit makanan rohani..tazkirah dimulakan oleh nadia..

nadia- hak manusia sesama manusia :
1-apabila seorg beri salam, wajib menjawab salamnya
2-apabila seseorg bersin, jwb yaharmukalah
3-apabila seseorg sakit, dtg ziarah
4-apabila seseorg meninggal, iring jenazahnya
5-apabila seseorg meminta nasihat, bg nasihat kpdnya

farida-penjaggan hati
bagaimana kita nak jg hati kita??terutamanya perasaan terhadap kaum berlainan jenis..
tunduklah pandangan kita apabila kita berurusan dgnnya.untuk memiliki hati yg bersih kita
haruslah selau berzikir, solat taubat n ingat mati.

farah-menjaga kekhusyukan solat
sy nak kongsi sebuah cerita, ada seorg hamba Allah ni dia sgt menjaga kekhusyukan solat
sehingga setiap kali dia melihat org yg solat lebih khusyuk drpdnya ,dia akan bertanya kpd
org itu bgaimn menjaga kekhusyukan solat. suatu hari , dia melihat seseorg solat dlm
keadaan khusyuk. usai org itu solat, hamba Allah td bertanya kepada org itu bgaiman die
mnjaga kekhusyukan solatnya. orang itu menjawab, "apabila aku hendak solat , aku merasakan
aku sedang menghadap Allah, di sebelah kanan ku syurga, kiriku neraka, belakangku malaikat
maut, dan aku sedang berada di atas titian sirat. " mendngar itu, menangislah hamba Allah
td..Hamba Allah yg solatnya sudah khusyuk itupun menangis kerana merasakan solatnya tdk
cukup khusyuk, apatah lg kita yg solat tdk berapa khusyuk ni..sama2lah kita muhasabah diri
dan perbaiki solat kita.

diana- sakit
org kata sakit adalah kifarah dosa kita, betul x??betul..sakit merupakan kifarah dosa
kita dgn syarat kita redha dgn sakit itu. jgnlah kita mengeluh..sakit ni juga
tanda Allah sayang dengan kita.so, kita patut rs bersyukur kalau ditimpa sakit.

khalilah-menjadi seseorg yg disenangi oleh org ramai.
andai kita menjaga hubungan kita dgn Allah. Allah akan menjaga hubungan kita dgn
manusia. jika Allah mencintai hambanya, cinta makhluk akan menyusul..

nasuha- tujuh sunnah utama rasulullah
1-solat tahajud
2-baca Al-quran sebelum matahari terbit
3-jgn tgglkan masjid (soalat berjemaah)
4-jg solat dhuha
5-jg sedekah
6-jg wudhuk
7-istigfar setiap masa

penutup dari fadzlina- jika Allah cepat kabulkan doa kita,
ertinya Allah sayangkan kita
jika Allah lambat kabulkan doa kita,
ertinya Allah menguji kita
jika Allah tidak kabulkan doa kita,
ertinya Allah telah tetapkan yg lebih baik utk kita.

begitulah sedikit perkongsian ilmu drpd kami..moga perjalanan kami semalam meninggalkan kenangan yg indah bg kami dan mendapat keredhaan Allah..

Saturday, 11 June 2011

LoVe lOvE LOVE!!

Assalamualaikum semua! kaifa halukum? moga antum semua diberi kesihatan yg baik oleh Allah. kalau ada yg sakit itu anggaplah ia sbg kifarah dosa kita. hari ni sy nak share ttg cinta coz kat musola td kitorg main game ala ala kotak beracun. tibe2 kene kat sy n I have to talk about CINTA. Tp sbb nervous sgt td sy just ckp ckit je. so, sy share kat cni jelah what actually i wanna say about love.

apa pendapat korg ttg cinta?? ada org yg ckp cinta ni x boleh n yg lain pula ckp cinta ni perlu.

sebenarnya cinta itu perlu bg kita sebagai manusia kerana cinta tu adalah fitrah. siapalah kita nak melawan fitrah. tp cinta kita mestilah berlandaskan syariat. yg paling utama adalah cinta kita terhadap Allah dan rasul.

x salah juga utk kita mencintai kaum berlainan jantina. tp, kita haruslah bijak mengawal fitrah cinta itu dr menjadi fitnah.x perlulah nak declare couple coz couple tu hanya mengundang fitnah n dekatkan diri kita zina. bg pendapat sy org yg bercouple ni x yakin dgn Allah. x yakin dgn jodoh yg ditetapkan Allah. Alasan diorg takut x kawinlah, takut kene kebaslah. sepatutnya kita kena yakin dgn Allah. Kalau Allah dah tetapkan si dia jodoh kita, x kan lari ke mana. Tp kalau dia bukan jodoh kita kenalah redha dgn ketetapan Allah sbb barangkali apa yg kita suka tu buruk utk kita n apa yg kita x suka itu baik utk kita. sesungguhnya Allah lebih tahu ttg hambanya.

fatimah dan Ali juga saling mencintai sebelum berkahwin. tp mereka hanya pendamkan perasaan mereka. akhirnya mereka jd suami isteri juga. kat cni sy nak shre ckit cerita ttg mereka berdua. selepas diijabkabukan , fatimah berkata kpd ali, "wahai suamiku, sebelum kita berkahwin aku sgt mengagumi seorang pemuda." lalu ali bertanya, "jd, adakah kamu menyesal berkahwin dgnku?".
fatimah menjawab, "tidak, kerana pemuda itu adalah kamu".Subhanallah..so sweet kan??

so..from that story, x perlulah kita risau sgt tentang jodoh kita kerana semuanya telah ditetapkan Allah. yg penting dapatkanlah cinta Allah kerana cinta makhluk akan menyusul selepas cinta ALLAH.

ingat..jgn jadikan fitrah cinta betukar menjadi fitnah!!

Tuesday, 24 May 2011

suara wanita dalam solat

bagaimana batas suara 'jahar' dan 'sir' bg wanita dlm solat?

Maliki:menjahar sekadar terdengar untuk dirinya sendiri.
suara tertinggi dan terendah wanita dlm solat sama saja iaitu sekadar
menggerakkan lidah.

syafi'e:wanita boleh menjahar (baca kuat) dalam solat yg dilakukan sesama wanita
tnpa ada lelaki asing mendengarnya.
batas suara sir (suara rendah) pula adalah sekadar kedengaran untuk dirinya
sendiri.

hambali:tidak disunatkan jahar dlm solat. tetapi boleh jahar jika tidak didengari
oleh lelaki asing. jika ada lelaki asing mendengar, harus berhenti menjahar.

hanafi:menurut mazhab ini suara wanita adalah tidak aurat,maka hukum jahar bg
wanita dlm solat adlah sama dgn hukum yg ditetapkan utk lelaki
iaitu(serendah jahar-diperdengarkan kpd org lain tdk sahaja org-org yg dekat
dgnnya, setinggi jahar-tdk terbatas).tetapi dgn syarat wanita tdk boleh
melagukan bacaannya sehingga menaikkan nafsu syahwat lelaki yg mendengarnya.
jika demikian suara wanita itu adalah aurat dan membatalkan solat.

peringatan bagi imam.

sabda Rasulullah s.a.w: "tasbih bg lelaki dan tepuk tangan bg wanita."

menurut imam Nawawi dalam syarah sahih muslim, sunat bg seseorang mengingatkan sesuatu dlm solat seperti mengingatkan imam iaitu dengan membaca tasbih (subhanallah) bg lelaki dan tepuk tgn bg wanita.Iaitu dgn memukulkan telapak tangan kanan keatas tangan kiri.bukan melagak telapak tangan kanan dan telapak tgn kiri seperti bertepuk tgn biasa. jika bertepuk seperi biasa, maka solat batal.

sumber:fiqih wanita-muhammad athiyah khumais

Tuesday, 10 May 2011

Manusia, Tahajud dan Subuh

manusia :Ya Allah!! dah 5:40 am. kejap lagi subuh nak dtg..napelah aku bgn lambat??
Ya Allah, aku terlupa jemput tahajud!

manusia pun berlari menuju ke pintu utama rumah dan terus menunggu.. manusia lihat
tahajud sedang menunggu di dpn pintu.

manusia : tahajud!!aku minta maaf x sempat jemput kau.

tahajud : kenapa kau lupa jemput aku?? aku sgt sedih..kau tau kan betapa besarnya
pahala kalau kau jemput aku??

manusia : ya, aku tau..tapi aku terbangun lambat..kejap lagi subuh nak dtg, aku kena
jemput dia. aku janji esok aku akan jemput kau , tahajud. insyaallah..

tahajud : x pelah..aku tunggu kau jemput aku esok. aku balik dulu.. subuh dah nak
datang.

manusia : baiklah tahajud..assalamualaikum.

tahajud : waalaikummussalam.

tok tok tok..bunyi pintu. manusia pun membuka pintu.

manusia : oh subuh..masuklah.

subuh : terima kasih kau jemput aku. banyak manusia lain yg x sudi jemput aku.
tadi on the way aku ke sini, aku terserempak dgn tahajud. aku nampak mcm
dia sdg menangis.wahai manusia, adakah kau tau kenapa?

manusia terkejut dan berasa bersalah.

manusia : ye ke?? Ya Allah..kesiannya tahajud..aku lupa jemput dia td. Tp aku dah janji akan jemput dia esok.

subuh : moga kau dpt jemput dia esok.

setelah sejam lebih di rumah manusia..

subuh : oklah manusia, aku balik dulu..esok jgn lupa jemput aku..assalamualaikum

manusia :insyaallah..waalaikummussalam.

end

note: sama-samalah kta pertingkatkan ibadah kita..bangunlah bertahajud. itu yg mampu menjadi benteng utk dr kita.

Al-fatih

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

sultan muhammad Al-fatih berjaya menakhluki kota konstantinople dan menukar nama konstantinople kepada islambol (islam keseluruhannya)..tetapi nama ini ditukar oleh kamal atartuk kepada istanbul..

sejak baligh, tidak pernah meninggalkan tahajud.

ambillah pengajaran dlm kisah ini

Monday, 9 May 2011

belajar kerana Allah

assalmaualaikum semua ..apa khabar iman mu??
hari ni sy nak share ttg belajar kerana Allah..

macam mana belajar kerana Allah??
belajar kerana Allah ialah belajar semata-mata utk mendapat redha Allah s.w.t

belajar bukan semata-mata untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

insyaallah sesiapa yg meletakkan dlm mindsetnya keredhaan Allah s.w.t, Allah pasti akan menganugerahinya harta, kemasyhuran dan kedudukan yg tinggi di dunia dan akhirat.

firman Allah dlm surah Al-Mujadalah ayat 11:
"Allah meninggikan darjat org-org beriman diantara kamu dan org-org yg diberi ilmu beberapa darjat."

malaikat juga akan melabuhkan sayapnya kerna terlalu cinta dgn org yg menuntut ilmu.

kita sbg pelajar perlu sematkan dlm minda yg belajar adalah satu ibadah yg wajib dilakukan kerana Allah.

sabda Nabi s.a.w:
"menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap muslim" (ibn majah)

Nabi s.a.w juga bersabda:
"sesiapa yg mencari jalan utk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga" (HR muslim)

kita juga perlu sedar betapa pentingnya ilmu utk Islam, utk bangunkan Islam kerana hanya dgn ilmu Islam akan berjaya.Mengikut kajian tokoh pemikir Islam , Malik bin Nabi, kelemahan umat Islam adalah disebabkan dua faktor penting iaitu kurangnya ilmu dan kurang amal.

perkembangan dunia hari ini menyaksikan kelemahan umat Islam dlm beberapa aspek menyebabkan umat islam menjadi mangsa yg ditekan sewenang-wenangnya. ramai diantara remaja-remaja Islam yg terpengaruh dgn gejala sosial dan budaya barat. jika begini umat Islam, bilakah Islam akan maju??

menuntut ilmu juga dikira jihad.
dlm hadis nabi s.a.w :"sesiapa yg keluar menuntut ilmu, seolah-olah dia berjihad di jalan Allah hinggalah dia kembali " (hadis hasan)

bila kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu, insyaallah kita akan berjaya.
apabila berjaya , kita akan dikenali dan lg senang utk kita menyampaikan ISLAM kpd masyarakat.

jadi, marilah sama-sama kiita mencari keredhaan ALLAH dengan menuntut ilmu.
ayuh kita sama-sama naikkan nama Islam di mata dunia.

sekian.

sumber - iluv islam
- adab & petua kecemerlangan pelajar (telaga biru)

Sunday, 8 May 2011

couple bkn zina??

assalamualaikum semua..apa khabar iman antum??harapnya iman kita bertambah.

baru-baru ni sy ada terbaca satu note dkt facebook yg membahaskan ttg zina yg berkaitan dgn couple contohnya zina hati,tgn, kaki n mata. tajuknya couple bkn zina.Terima kasih kpd penulis atas perkongsian.

apa yg dibahaskan disitu couple bkn zina, mengngati seseorg itu bkn zina.

seperti hadith Nabi ini yg membicarakan ttg zina

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

kesimpulannya zina hati ini bknnya setakat menginagti sesorang tetapi berkeinginan melakukan maksiat.

tapi apa yg sy nak katakan di sini, walaupun couple itu bkn zina tetapi ia perkara yg mendekatkan diri kepada zina.

sebagaiman firman Allah s.w.t dlm surah Al-Isra'

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk.” (Al-Isra [17] : 32)

Ayat ini jelas menunjukkan yg Allah melarang kita mendekati zina.. ALLAH X firman jgn kamu berzina.

kerana melakukan perkara -perkara yg mendekati zina itulah yg membawa kpd zina.

lagi satu sy nak tambah di sini, walaupun mengingati atau rindu dkt seseorng itu bukan zina tetapi kita kena ingat yg Allah lg perlu utk diingati.

tak malu ke kita sbg hamba Allah asyik mengingati makhluknya bkn nya pencipta?
perbanyakkanlah berzikir..

sabda Rasulullah s.a.w:
"Allah berasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yg cenderung kepada kebodohan". -riwayat Ahmad

jadi, fikir-fikirkanlah..sama-sama kita muhasabah diri kita..

Friday, 6 May 2011

amar ma'ruf nahi mungkar

assalamualaikum semua..moga antum semua diberi kesihatan oleh Allah s.w.t.
hari ni ana nak sentuh tentang amar ma'ruf nahi mungkar.
jika kita teliti dalam Al-quran, Allah byk menyebut tentang amar ma'ruf nahi mungkar.
antara ayat-ayat yg menyentuh ttg ini ~

1)surah Ali imran ayat 104 :
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan
mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

2)surah Ali imran ayat 110 :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu
menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."

hadith Nabi juga menyebut tentang amar ma'ruf nahi mungkar

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan
tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu
hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

jadi, jika kita hayati ayat-ayat ini betapa Islam mementingkan amar ma'ruf nahi
mungkar.
kalau kita lihat hari ini, ramai daripada kita yang mengajak kepada kebaikan, tapi
hanya segelintir yang mampu mencegah kemungkaran. Yang kita lihat mencegah
kemungkaran hanyalah pegawai pencegah maksiat, imam-imam. Yang lain hanya mampu
mencegahnya dgn hati. Ana sendiri pun kadang-kadang hanya mampu mencegah dgn hati.
Ya Allah, betapa lemahnya iman kita hari ini.
cuba kita fikirkan, kalau kita hny mencegah dgn hati,macam mana dgn umat yg dah
rosak? siapa nak perbetulkan mereka?
sama-samalah kita islah kan diri kta. Pertingkatkan amal ibadat dr hari ke hari
demi Islam.Ayuh, bangkit dr lena!!

Thursday, 5 May 2011

ukhuwah

"hish...bengang betul saya..manalah sakinah ni menghilang?" rungut sara.
"awak kenapa sara??pagi-pagi lagi dah bising..ada masalah ke??"tanya farahin
hairan.
"sakinah ni..hilang entah ke mana..semalam kitorang janji nak buat assignment pagi
ni..tiba-tiba je dia menghilang."
mendengar rungutan sara ,farahin tersenyum.. "oh, itu sebabnya yang buat muka si
manis ni kelat pagi-pagi."
"eee awak ni..orang seriuslah."gerutu sara..
"ok2..mungkin dia pergi kedai kot..beli buku..mana kita tau."
"ye lah tu..entah-entah pergi dating."sangka sara.
"ya Allah..tak baiklah awak cakap macam tu, kita kan kena bersangka baik".nasihat
farahin sambil tersenyum.
"awk ni..baik sangatlah, asyik-asyik nak sangka baik, mana lah tau dia buat benda
jahat."rungut sara muak.
"sara, kan serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik..kalau kita bersangka
buruk dekat sakinah,masih ada lagi ke ukhwah antara kita dan dia?? sekalipun dia
mungkin buat benda tak baik,kita tak boleh bersangka terus tanpa selidik."nasihat
farahin membetulkan sara.
"Ya Allah..teruknya saya ni..terima kasih farahin, nasihatkan saya..
"sama-sama,mmg tugas sahabat menasihati sahabatnya sendiri."kata farahin sambil
tersenyum mesra. Dalam hatinya dia mengucap syukur kpd Allah kerana sahabatnya
cepat tersedar dari kesilapan.
......................................................

"sara, saya pergi kedai kejap ye, nak beli gula..gula dah habis lah."maklum
farahin.
"laa..dah habis ke??oklah..awak nak pergi sorang je ke??"
"sorang je..dekat je kan. oklah, saya pergi dulu ye..assalamualaikum."
"waalaikummussalm,jalan elok-elok..kirim salam kat abang kedai." gurau sara.
farahin ketawa dgn gelagat sara. Sebenarnya tujuan utama farahin keluar bukanlah
utk beli gula tetapi dia ingin mencari sakinah. Sejak akhir-akhir ni dia ada
dengar yang Sakinah keluar dengan lelaki.Dia tidak mahu sahabatnya terlibat sama
dgn masalah sosial remaja sekarang.

sedang farahin melintas sebuah taman permainan,dia sangat terkejut dan sedih
dengan apa yang dilihatnya. Dilihatnya Sakinah sedang berdua-duaan dengan seorang
lelaki.Betullah apa yang orang cerita kpdnya selama ini.
'Ya Allah..bantulah hambaMu ini utk menasihati sahabatku'.doa farahin dalam hati.

tidak mahu disedari, perlahan-perlahan farahin mendekati mereka.
"assalamualaikum."
"waa..waalaikummussalam.. Farahin!!apa awak buat kat sini??" terkejut sakinah
melihat farahin berada di situ.
"saya nak pegi ke kedai tadi, pastu ternampak awk..sy pergilah sini..awk ikut saya
pergi kedai nak??" ajak farahin. tak sanggup dia melihat sahabatnya melakukan
maksiat.
"eh..ko siapa? tiba-tiba ajak sakinah balik!! bagilah peluang kitorng nak
berborak." sergah lelaki yg bersama sakinah.
"relaxlah awak..ni housemate sayalah."sakinah menenangkan lelaki itu.
"farahin..awak pergi dulu ye..kitorang nak berborak lagi."pujuk sakinah.
"sakinah..awk tau kan apa yang awak buat ni salah"..tanya farahin lembut. dia tak
sangka sahabatnya akan berkata begitu. Hampir saja air matanya menitis.
"weh ustazah!!kau relaxlah..kitorang buat dosa ke ,buat apa ke, kitorang punya
pasal lah..ko sibuk apa??kau sayang kat dia kan??kau tak gembira ke tengok dia
happy??apa punya kawan lah kau ni?."marah lelaki itu..sakinah hanya mendiamkan diri malu kerana dia tau perbuatannya salah.
"saudara,sebab saya sayangkan sakinah lah saya buat macam ni..saya sayangkannya dunia dan akhirat..saudara hanya sayangkannya kat dunia je..kalau saudara sayangnya dunia akhirat,saudara takkan mengajaknya melakukan dosa." sinis farahin.
" sakinah, awak lupa ke dgn hadis Rasulullah yg menyatakan bahawa Allah akan menaungi tujuh golongan di mahsyar nanti dan antaranya adalah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah?bukan kah kita pernah berjanji utk saling menyayangi kerana Allah??bersama-sama ke syurga??" farahin mengingatkan sahabatnya samnbil tersedu-sedu.Lelaki tadi hanya mencebik seolah-olah bosan dgn kata-kata farahin.
sakinah turut mengalirkan air mata penyesalan dan terharu..terharunya dia mempunyai sahabat yg sgt menyayanginya.
"sakinah,andai awk menyayangi Allah melebihi lelaki ini, ikutlah saya balik."
kata farahin sambil berjalan pergi.
"awak, saya minta maaf. Saya lebih sayangkan Allah dan dia."lafaz sakinah kepada lelaki itu sambil menunding ke arah farahin. Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
"farahin!!!tunggu!! saya lebih sayangkan Allah dan awak!" jerit sakinah.. Farahin berpaling dan menunggu sakinah. Sakinah meluru ke arah farahin dan terus memeluk farahin dan menangis teresak-esak.Farahin tidak henti-henti mengucapkan kalimah syukur.
"farahin,uhibbukifillah."
"wa ana aidhan".ucap farahin tesenyum sambil menitis air mata kesyukuran.
"dah lah sakinah..jangan sedih-sedih lagi..jom balik". pujuk farahin.
"eh..tadi awk kata nak pergi kedai??awk tipu saya ye?" senda sakinah.
"ha'ah lah lupa pulak..hehe..ok..jom pergi kedai.." mereka pulang bersama-sama dgn gembira dan syukur. Sakinah sgt bersyukur dikurniakan sahabat seperti farahin dan juga diberi hidayah oleh Allah. Tak henti-henti dia beristigfaf sesal.

the end.

p/s- serendah-rendah tahap dalam berukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tingginya adalah melebihkan sahabat.

sabda junjungan :"Tujuh golongan yg Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya
pada hari yg tiada naungan melainkan naunganNya sahaja.
Antanya ialah dua orang yg berkasih sayang kerana Allah, mereka
bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."

Tuesday, 3 May 2011

luahan buat sahabat..

these words I dedicate to all my friends exp (kwn2 kat tok sira,fakeh,sri maulana,seri biram,instar n um)..although its not my words , its also from my heart..

duhai sahabat..
masihkah kau semadikan di minda??
bahawa ukhwah yg terjalin antara kita
adalah cinta tulus bersulam taqwa
rangkaian jiwa sesama insan manusia
menjadi lambang keagungan cinta
terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta..

duhai temanku..
berjanjilah..
ukhwah kita yg terbina
kerana cinta padaNya
seperti ukhwah yg terjalin antara Rasulullah dan sahabat..

duhai sahabat..
teringat ku pd kata-kata Imam al- Ghazali:
"ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tetapi pada seseorang terhadap saudaranya
dalam doanya"

ku harapkan mekar dihati
agar persahabatan suci ini
kan terus mantap
menjadi syafaat
terukir indah
di pintu Jannah!

Ya Allah..
tatkala bahang mahsyar-Mu menjilat tubuh
izinkan kami sama-sama berteduh
tatkala mizan-Mu teliti mengira
beratkan neracanya atas setiap jasa
naungi kami di sana
berkat kasih keranaMu semata
andai ku layak kesyurga
ku pinta dia bersama..

edit dr DUHAI TEMAN SEJATIKU fr Fatimah Syarha

Thursday, 28 April 2011

duhai muslimah..

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dr kaki utk dialasi
bukan dari kepala utk dijunjung
tp dkt dibahu utk dilindung
dkt juga dihati utk dikasihi
kaulah wanita hiasan dunia...

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."[HR. Muslim]

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ... "[Surah An-Nur (24): 31]

 Tabarruj? Engkau tidak perlukannya...
"... janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah..."[Surah Al-Ahzab: 33]

 Contohi mereka ummul mukminin, tidak perlu kau lunak-lunakkan suaramu;
"Wahai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."[Surah Al-Ahzab (33): 32]

 Jangan jadi fitnah bagi lelaki
"Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita"
[HR. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah]

.
peliharalah dirimu wahai mawar berduri..
Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu,
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!

wahai mawar berduri..
jauhilah diri kita drpd menjadi fitnah akhir zaman..

wahai muslimah..
Allah memujuk kita dgn firman-Nya
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."
[Surah al-Nur, ayat 26]

telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz utk kita
cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita..
jika kita berada di atas landasan yg diredhai Allah,insyaAllah si dia turut di landasan yg sama..
lupakan segala cinta yg berlandaskan nafsu semata-mata
teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut dimiliki..
yakinlah dgn janji Allah..

Friday, 1 April 2011

bid'ah??boleh ke??

assalamualaikum semua..ni hao ma??moga korg semua diberi kesihatan oleh Allah s.w.t.

hari ni sy nak share ckit ape yg sy dpt semasa ceramah ari tu..alhamdulillah sy antara yg terpilih utk mengikuti ceramah yg disampaikan oleh Dato' abu hasan din pd 31 oktober kat MUIP..

perkara yg dibincangkan bg sy cukup menarik..perkara yg sering jadi persoalan masyarakat sekarang..ttg bid'ah..

bid'ah dr segi syara' maksud die perkara baru yg dilakukan yg tidak dilakukan pd zaman Rasulullah s.a.w..
boleh dpt??

jd skrg permasalahannya boleh ke bid'ah ni??

kalau kite nak kata x boleh..pd zaman saidina umar..beliau mengarahkan utk mengumpul dan menulis alquran..
bukan ke itu pun bid'ah???so..camne??

cam gini..ulama' telah mmbahagikan bid'ah kpd dua kategori..iaitu..bid'ah hasanah n bid'ah saiyyiah..

bid'ah hasanh ni bid'ah yg baik..bud'ah ni x salah utk kita lakukan..bahkan kdg2 baik utk kite buat..
cnthnya baca yasin pd mlm jumaat..cnth lain bg bid'ah hasanah tahlil..wirid lps solat..talaqin..

yg kedua pula bid'ah saiyyiah..bid'ah ini bid'ah yg buruk..dan haram utk kite lakukan..ape2 yg bercanggah dgn Alquran n assunnah..

ade sesetengah ulama' juga membahagikan bid'ah kpd lima hukum..iaitu wajib, haram, sunat,harus n makruh..

so..lps ni jgnlah kite persoalkan nabi buat ke??ape yg perlu kite tekan kan adlah bercanggah x dgn alquran dan assunnah..selagi benda tu x brcanggah n baik utk dilakukan..teruskanlah..

begitu sedikit sebanyak ape yg dismpaikan oleh Dato' abu hasan din al hafiz..

moga kita semua dpt ambil pengajaran..